Cerita Auto

Ford Focus ST Wagon Gabung Prestasi dan Praktikaliti

Sama seperti versi hatchback yang diperkenalkan pada awal tahun ini, Ford Focus ST versi wagon ini adalah untuk pasaran Eropah sahaja.

BHP Banner

Ia akan ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu enjin EcoBoost petrol 2.3-liter dengan 276 hp pada 5,000 rpm dan 420 Nm dari 3,000 rpm, atau enjin EcoBlue diesel 2.0-liter yang menjana 187 hp pada 3,500 rpm dan 400 Nm dari 2,000 rpm.

2019-ford-focus-st-wagon (2)

Kedua-dua enjin didatangkan secara standard dengan kotak gear manual enam kelajuan, dengan pilihan transmisi automatik tujuh kelajuan turut disediakan untuk varian EcoBoost.

2019-ford-focus-st-wagon

Walaupun ia lebih praktikal berbanding hatchback dengan ruang but sebesar 608 liter, Focus ST wagon menjanjikan kelincahan yang setanding menerusi ciri-ciri seperti Limited-Slip Differential elektronik, ‘rev matching’ untuk versi manual, sistem stereng bantuan kuasa elektrik dan Drive Mode.

2019-ford-focus-st-wagon (4)

Ford tidak mendedahkan perincian mengenai prestasi Focus ST wagon, namun ia dijangka perlahan sedikit berbanding Focus ST hatchback yang dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam enam saat.

 

 

Previous post

Proton Lantik Jago Lama Perhubungan Awam

Next post

Geely Boyue Lawan Kereta Kebal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *