Berita Auto

Ferrari Menang Anugerah Enjin Antarabangsa Kali Keempat Berturut-turut

Anugerah International Engine & Powertrain of the Year edisi ke-21 menyaksikan Ferrari merangkul anugerah keseluruhan untuk empat tahun berturut-turut dengan enjin 3.9-liter twin-turbo V8 yang dibangunkan olehnya.

BHP Banner peraduan

Selain gelaran keseluruhan, enjin 3,902 cc dengan 720 PS yang digunakan pada 488 GTB, 488 Spider, 488 Pista dan 488 Pista Spider itu turut membawa pulang anugerah Performance Engine.

Bagi memastikan proses pengadilan yang lebih adil dengan penyertaan enjin-enjin hibrid, anugerah tahun ini ditukar daripada  kategori kapasiti kepada kategori jumlah kuasa.

Ferrari Portofino 03

Ini melayakkan Ferrari untuk memenangi dua lagi kategori iaitu kategori atas 650 PS, manakala versi 3,855 cc yang merupakan nadi kepada Portofino (600 PS) dan GTC4Lusso T (610 PS) memenangi kategori 550-650 PS.

Dengan kemenangan terbaru ini, jenama Prancing Horse itu kini mempunyai 31 anugerah International Engine & Powertrain of the Year.

Ferrari GTC4Lusso T 11

Spesifikasi Teknikal Ferrari 488 Pista
ENJIN
Jenis: 90-darjah V8 turbo
Sesaran: 3,902 cc
Bore dan stroke: 86.5 x 83 mm
Kuasa maksimum: 720 PS @ 8,000 rpm
Kuasa spesifik: 185 PS/l
Kuasa kilas maksimum: 770 Nm @ 3,000 rpm
Kelajuan enjin maksimum: 8,000 rpm
Nisbah mampatan: 9.6:1
PENGGUNAAN BAHAN API & PELEPASAN CO²
Penggunaan bahan api: 12.4l/100 km
CO²: 282 g/km

Spesifikasi Teknikal Ferrari Portofino & GTC4Lusso T
ENJIN
Jenis: 90-darjah V8 turbo
Sesaran: 3,855 cc
Bore dan stroke: 86.5 x 82 mm
Kuasa maksimum: 600 PS – 610 PS @ 7,500 rpm
Kuasa kilas maksimum: 760 Nm @ 3,000 – 5,250 rpm
Kelajuan enjin maksimum: 7,500 rpm
Nisbah mampatan: 9.45:1 – 9.4:1
PENGGUNAAN BAHAN API & PELEPASAN CO²
Penggunaan bahan api: 11.7 – 12.9l/100 km
CO²: 267 – 294g/km

Previous post

Pam Minyak Di BHPetrol Dan Anda Berpeluang Menang Percutian!

Next post

BMW X5, X7 M50i Hadir Dengan 523 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *