Khidmat Masyarakat

Derma Organ: Program ‘CODE: Life!’ Berikan Penjelasan!

Sedikit khidmat masyarakat. Ini berkenaan dengan derma organ. Hanya 1.3% rakyat Malaysia adalah penderma organ. Sedih. Saya pun belum. Jom kita selidik lebih mendalam tentang hal ini. Program ‘CODE: Life’ boleh terangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini dan aktiviti NKF yang lain sila layari http://www.nkf.org.my atau hubungi 03-7954 9048.

BHP Banner Code Life

SIARAN MEDIA

“COMMUNITY ORGAN DONATION DRIVE CODE: LIFE” ANJURAN YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN MALAYSIA

Petaling Jaya, Mei 2019 Menurut laporan Pusat Sumber Transplan Nasional, bilangan pesakit dalam senarai menunggu derma organ meningkat setiap tahun tetapi hanya 1.3% daripada penduduk di Malaysia yang mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

NKF - CODE Life - Image B

Dr Wan Zul Haikal Hafiz bin Wan Zukiman enlightened the attendees on renal replacement therapy options and the benefits of organ transplant .

Bagi menangani isu ini, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) telah menjalankan program CODE: Life dimana ia merupakan sebuah forum mengenai pemindahan buah pinggang sewaktu hidup.

Program “CODE: Life” telah dilancarkan pada November 2018 dan sejak itu beberapa sesi program turut dijalankan disekitar kawasan Lembah Klang. Sesi baru-baru ini telah berjaya menarik sebanyak 138 peserta melibatkan pesakit dialisis, penjaga dan kakitangan perubatan yang terlibat dalam pemindahan organ buah pinggang.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi forum tersebut termasuk ceramah kesihatan mengenai pemindahan buah pinggang oleh pakar nefrologi, serta sesi perkongsian daripada penderma dan penerima buah pinggang. Acara tersebut berakhir dengan sesi interaktif diantara peserta dan pakar nefrologi.

NKF - CODE Life - Image C

The NKF CODE Life programme has successfully hosted 138 attendees from dialysis patients, caregivers and medical experts who are involved in renal transplantation.

“NKF berharap program CODE: Life dapat mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pesakit dialisis, penjaga dan masyarakat mengenai pemindahan buah pinggang sebagai pilihan pertama untuk pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit berbanding dengan menjalani proses dialisis. Diharap lebih ramai pesakit ESRD akan menjalani pemindahan buah pinggang bagi mengurangkan senarai menunggu pesakit di Malaysia dalam masa yang sama dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat & penyayang dengan menjadi penderma organ terutamanya buah pinggang,” kata Chua Hong Wee, CEO NKF.

NKF - CODE Life - Image D

NKF CODE Life is an experience-sharing platform created for dialysis patients and caregivers to take care of their wellbeing, as well as educating them on living renal transplantation.

Previous post

Honda HR-V RS Kini Dengan Upholsteri Hitam

Next post

Pusat Servis Zon Trak Tayar Pertama di Asia Tenggara

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *