Berita Auto

Bosch Ingatkan Orang Ramai Buat Pemeriksaan 6 Poin Sebelum Balik Kampung

Musim perayaan adalah tempoh yang sangat sibuk kerana ramai di antara kita yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Namun, peningkatan jumlah trafik secara tidak langsung turut meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

BHP Banner JD Power

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) baru-baru ini melancarkan kempen ‘Drive for Life’ yang mensasarkan kereta dan jalan raya lebih selamat menerusi kepentingan penjagaan kereta dan penyelenggaraan menggunakan alat ganti tulen.

Bosch Drive for Life

Musim perayaan ini, Bosch AA ingin mengingatkan semua pemandu untuk menyelenggara kenderaan masing-masing atau melakukan pemeriksaan enam poin untuk perjalanan yang lebih selamat:

  • Periksa pelekat jadual servis berkala
  • Periksa tekanan tayar, keadaan bunga tayar dan jangan lupa isi angin tayar ganti
  • Periksa tahap minyak enjin
  • Periksa keadaan bateri
  • Periksa pengelap cermin
  • Periksa semua lampu – hadapan, belakang, brek dan isyarat

“Kereta yang diselenggara dengan baik mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan membantu memberikan pemanduan lebih selamat dan lancar. Pemeriksaan enam poin ini mudah untuk dilakukan dan boleh meningkatkan ketahanan kereta terutamanya untuk perjalanan jauh ketika musim perayaan,” kata Pang Yoon Kong, pengurus negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

Bosch Petron

Bukan itu sahaja, Bosch AA turut berkerjasama dengan Petron untuk memberi pemeriksaan kenderaan percuma di stesen-stesen Petron terpilih di sekitar Lembah Klang. Berikut adalah stesen yang mengambil bahagian:

  • Petron Sg. Besi Toll Arah Selatan – 18 Mei
  • Petron MRR2 Safari – 19 Mei
  • Petron MRR2 Selayang – 25 Mei
  • Petron KESAS Arah Timur – 26 Mei

Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi barangan Bosch menersui peraduan ‘Drive for Life’. Lawati laman Facebook Bosch Autoparts Malaysia untuk mengambil bahagian sekarang.

Previous post

Honda Malaysia Serah Civic ke-130,000

Next post

Jualan Kukuh Perodua Memberangsangkan Persatuan Pembekal Perodua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *