Berita Auto

BMW X5 xDrive40i dan X2 M35i Dipertontonkan

Selain melancarkan X4, BMW Malaysia turut memperlihatkan dua lagi model SUV yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu X5 dan X2 M35i.

BHP Banner

X5 xDrive40i (RM640,000)

BMW 10

Model ini tampil dengan jeriji ‘kidney’ yang lebih besar, lampu hadapan LED adaptif, serta pakej M Sport yang merangkumi rim 20 inci dan brek M Sport dengan angkup berwarna biru lengkap dengan logo BMW M. Di belakang pula terdapat lampu LED tiga dimensi dan muncung ekzos berbentuk segi empat.

BMW X5 xDrive40i M Sport (1)

Bahagian dalaman pula menampilkan stereng bersalut kulit, paddle shifter, pedal keluli tahan karat dan kemasan ambang dengan logo M. Ciri-ciri ini dipadankan dengan upholsteri kulit Vernasca yang didatangkan dalam tiga warna iaitu Black, Coffee dan Cognac.

BMW X5 xDrive40i M Sport (4)

Antara kelengkapan standard yang disertakan adalah penyaman udara empat zon, teknologi hiburan di ruang tempat duduk belakang, bumbung kaca panoramik dengan 30% kejelasan dan ciri Comfort Access dengan bonet elektrik. Sistem infotainmen pula terdiri daripada paparan 12.3 inci dengan BMW Operating System 7.0, selain Head-Up Display.

The All-New BMW X5 (9)

Varian xDrive40i menampilkan enjin 3.0-liter enam silinder dengan 340 hp dan 450 Nm. Dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan dan pacuan semua roda, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.5 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 243 km/j.

BMW X5 xDrive40i M Sport (7)

Selain sistem gantungan adaptif, X5 turut didatangkan dengan BMW Personal CoPilot yang merangkumi Cruise Control dengan fungsi pembrekan, Lane Departure Warning dan Frontal Collision. Ciri Park Assist dan Reversing Assist turut disertakan.

BMW 11

Penawaran warna bagi X5 adalah Mineral White, Black Sapphire, Arctic Grey dan Phytonic Blue. Bergantung kepada warna yang dipilih, pelanggan akan mendapat upholsteri Vernasca hitam dengan kemasan Aluminium Tetragon; Vernasca Coffee dengan Fineline Stripe Wood atau Vernasca Cognac dengan Fineline Stripe Wood.

X2 M35i (RM400,000)

BMW 08

Tarikan utama X2 M35i terletak di bawah bonet, di mana enjin Turbo TwinPower 2.0 liter empat silinder menghamburkan 306 hp dan 450 Nm. Ia hanya memerlukan 4.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j dengan bantuan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan dan ciri Launch Control.

BMW X2 M35i (4)

Bagi mendapatkan pengendalian yang jitu, model ini dilengkapi dengan sistem gantungan M Sport yang ditala khas, M Sport Differential serta stereng M Sport. Sistem brek M Sport yang terdiri daripada cakera berukuran 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang memastikan jentera ini mempunyai kuasa membrek yang secukupnya setiap masa.

The New BMW X2  (6)

Sesuai dengan tahap prestasinya, X2 M35i didatangkan dengan pelbagai unsur M Performance seperti warna Cerium Grey pada jeriji dan cermin sisi, rongga udara sisi untuk penyejukan enjin dan brek, spoiler belakang serta sistem ekzos M Sport dengan muncung berukuran 100 mm. Imej sporty model ini dilengkapkan dengan rim 712M berukuran 21 inci.

BMW X2 M35i (2)

Bahagian dalaman pula menampilkan tempat duduk M Sport dengan kulit Dakota, kemasan Aluminium Hexagon Anthracite, stereng kulit M Sport dengan paddle shifter serta logo M359 pada pintu hadapan.

BMW X2 M35i (1)

Dari segi kelengkapan infotainmen, model ini didatangkan dengan skrin sentuh 8.8 inci dengan ciri Navigation Plus serta sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.

BMW 09

X2 M35i boleh didapati dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Galvanic Gold, Misano Blue dan Sunset Orange. Bahagian dalaman pula didatangkan dalam warna hitam/hitam atau merah/kelabu.

Previous post

BMW X4 xDrive30i M Sport Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya Sempena Hari Raya 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *