Berita Auto

Audi TT Quantum Grey Edition Hanya Untuk Pembelian Dalam Talian

Bermula 5 Jun 2019, pelanggan Audi di Eropah tidak perlu lagi ke bilik pameran kerana mereka boleh membeli kenderaan pilihan masing-masing secara dalam talian. Model pertama yang akan dijual menerusi perkhidmatan ini adalah TT Quantum Grey Edition.

BHP Banner Exora

Model ini akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 99 unit sahaja dengan harga €62,305 bagi pasaran Jerman. Apa yang menjadikan ia istimewa adalah lapisan cat separa matte dan kemasan berwarna merah pada bahagian kabin.

Berasaskan varian 45 TFSI quattro S tronic, TT Quantum Grey Edition menampilkan enjin turbo 2.0-liter dengan 245 hp, sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik tujuh kelajuan.

audi-tt-quantum-gray-edition (2)

Bagi pelanggan dari Jerman, Audi akan menyerahkan kereta ini di lokasi dan pada masa pilihan masing-masing. Mereka juga boleh mendaftar kenderaan mereka sebelum penyerahan dibuat. Lebih menarik, pelanggan juga akan dihubungkan kepada perunding yang menggunakan gogal Augmented Reality untuk menghantar gambar secara langsung dari dalam kereta.

Walaupun model ini hanya boleh dibeli secara dalam talian, wakil pengedar Audi masih memainkan peranan penting dalam perkhidmatan e-dagang ini terutamanya dari segi perundingan, komunikasi serta perkhidmatan.

audi-tt-quantum-gray-edition (1)

 

 

Previous post

Penambahbaikan Proton Exora 2019

Next post

Keempat-Empat Varian Santa Fe Semua Baharu Sekarang Dijual Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *