Gaya Hidup

Aplikasi Boost Kini Diterima di 800 Stesen Shell Seluruh Negara

Aplikasi e-dompet terbesar Malaysia, Boost dan Shell Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka yang menyaksikan perkhidmatan pembayaran itu tersedia di 800 stesen Shell di seluruh negara.

BHP Banner

Diperkenalkan sejak April tahun ini, sambutan yang diterima oleh perkhidmatan e-dompet ini sangat menggalakkan dan ini memberi motivasi kepada kedua-dua syarikat untuk memastikan perkhidmatan tersebut tersedia dia semua stesen Shell menjelang akhir Mei 2019.

Dengan aplikasi Boost, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan seperti pembayaran, penghantaran wang, e-baucar, e-gift serta tambah nilai prabayar dengan begitu mudah.

Photo 2 (2)

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store bagi pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android. Platform e-dompet ini kini mempunyai lebih 4 juta pengguna berdaftar dan 80,000 pedagang yang mengambil bahagian.

Bagi meraikan kerjasama ini, Boost dan Shell mengadakan promosi eksklusif di mana pelanggan akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM5 bagi setiap perbelanjaan melebihi RM40 yang dibuat menggunakan aplikasi Boost di stesen Shell terpilih. Tawaran ini bermula dari 14 Mei sehingga 14 Jun 2019.

Previous post

Graduan Sekolah Memandu Kurang Mantap

Next post

Subaru Levorg Kini Dengan 2 Model Edisi Istimewa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *