Cerita Auto

Keempat-Empat Varian Santa Fe Semua Baharu Sekarang Dijual Secara Rasmi

Ahli media diberi peluang untuk pratonton keempat-empat varian pada acara ‘Buka Puasa’ semalam di Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

BHP Banner Santa Fe

“Sejak pratonton pada bulan November tahun lepas, kami menerima respons yang baik dan banyak tempahan. Harga Santa Fe ini telah umumkan dan SUV popular kami sudah mula dijual baru-baru ini, “kata Encik Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM.Lifestyle Hyundai Santa Fe (7)Santa Fe baharu ini boleh didapati dalam dua pilihan enjin, iaitu enjin Petrol Theta II 2.4 MPI dan enjin R 2.2 CRDi Diesel.Lifestyle Hyundai Santa Fe (1)Kedua-dua jenis enjin ditawarkan dengan varian Eksekutif dan Premium.Lifestyle Hyundai Santa Fe (5)2.4 MPI Theta II dikawinkan dengan Transmisi Auto 6-Speed, menghasilkan kuasa maksimum 172PS pada 6000rpm dan torsi maksimum 225Nm pada 4000rpm.Lifestyle Hyundai Santa Fe (4)Sementara enjin R 2.2 CRDi Diesel, yang dikawinkan dengan Transmisi Auto 8 Hybrid baru, menghasilkan kuasa maksimum 193PS pada 3.800rpm dan tork maksimum 440Nm pada 1,750-2,750rpm.Lifestyle Hyundai Santa Fe (3)Transmisi Automatik 8-kelajuan Hyundai yang baru dibangunkan, memberikan pertukaran yang cepat dan tajam untuk pengalaman memandu yang lebih menarik dan cekap.Lifestyle Hyundai Santa Fe (2)Dengan perbezaan harga RM20,000, varian premium untuk kedua-dua Theta II 2.4 MPI dan R 2.2 CRDi dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan berikut;

Rear Occupant Alert;
Amaran Pelanggaran Titik-Buta;
Amaran Pelanggaran Trafik Belakang,
LED Bi-fungsi,
Cahaya Lentur Dinamik,
Kerusi kuasa 8-arah untuk penumpang depan &
Kerusi kuasa 10-arah untuk pemandu,
Walk-in Device di tempat duduk penumpang,
Trim Dashboard Kulit;
Kain Deluxe atau Suede pada tiang;
sun visor dan trim bumbung;
LCD Pengawasan TFT 7-inci,
Floating-typed Paparan 7 ” dengan Apple CarPlay dan Android Auto,
Power Tailgate,
Pengecas Telefon Tanpa Wayar,
Sensor Hujan,
Roda 19 inci dan
Lampu LED.Interior Hyundai Santa Fe (Front)Interior Hyundai Santa Fe (Back)Harga pengenalan untuk empat varian ini, sah sehingga akhir bulan Jun 2019 adalah seperti berikut (* Harga tidak termasuk cukai jalan dan insurans dan harga yang ditunjukkan adalah harga Semenanjung Malaysia):

  • Theta II 2.4 MPI Executive – *RM169,888
  • Theta II 2.4 MPI Premium – *RM189,888
  • R 2.2 CRDi Executive – *RM191,888
  • R 2.2 CRDi Premium – *RM211,888

Exterior Hyundai Santa Fe (Front) Exterior Hyundai Santa Fe (Rear) Exterior Hyundai Santa Fe (Side)

 

 

 

Previous post

Audi TT Quantum Grey Edition Hanya Untuk Pembelian Dalam Talian

Next post

MV Agusta F3XX Miliki DNA Perlumbaan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *