Berita Auto

Seramai 126 Pelajar Tamat Pengajian di Pusat Latihan Mazda

Bermaz Motor telah mengumumkan pengijazahan seramai 126 orang pelajar dari Pusat Latihan Mazda pada 22 April lalu. Graduan terdiri daripada tiga program latihan teknikal yang berasingan iaitu seramai 26 orang dari Program Perantis Mazda (MAP), 51 dari Program Mekanik Mazda (MMP) dan 49 dari Program Badan & Cat (BPP).

BHP Banner Volvo Trucks

Dengan objektif untuk membangunkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi rangkaian servis Mazda yang semakin berkembang, Pusat Latihan Mazda dibangunkan untuk menyediakan program-program Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institute of Motor Industry (IMI) UK dan Mazda Motor Corporation, pelajar dijamin peluang untuk diambil bekerja juruteknik profesional dalam rangkaian selepas-jualan Bermaz apabila mereka menamatkan pengajian.

Menggunakan silibus Motor Vehicle Mechanic dan Mazda Master Program, pelajar turut menjalani latihan praktikal berasaskan teknologi SkyActiv Mazda digabungkan dengan kelengkapan dan alatan terkini.

Bermaz buat masa ini mempunyai empat pusat latihan Mazda iaitu dua di Lembah Klang dan dua di Pulau Pinang, dan akan membuka pusat yang kelima dan keenam di Alor Setar dan Johor Bahru bagi mengembangkan lagi capaian program latihan kemahiran teknikal mereka.

Previous post

Aman Logistik Sdn Bhd Pilih Volvo Trucks

Next post

Pemenang-Pemenang Peraduan “BHPetrol Menang RM300K” Terima Ganjaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *