Berita Auto

Subaru WRX STi Final Edition Terhad Kepada 8 Unit Sahaja

Subaru Sepanyol telah melancarkan WRX STi Final Edition, menandakan pengakhiran model generasi keempat itu.

BHP Banner

Oleh kerana ia model edisi akhir, ia juga sangat terhad dengan hanya lapan unit akan ditawarkan. Enam daripadanya didatangkan dalam warna ikonik WR Blue Pearl, manakala selebihnya tampil dalam warna Crystal Black Silica.

Subaru WRX STi Final Edition 06

Sudah tentu, kesemua WRX STi Final Edition menampilkan rim 19 inci dalam warna emas yang sudah menjadi ‘trademark’ jentera ini. Ia juga dilihat memakai splitter hadapan, kemasan merah pada jeriji dan muncung ekzos berkembar dengan kemasan krom.

Subaru WRX STi Final Edition 03

Bahagian dalaman pula menampilkan kemasan Alcantara pada stereng, butang penghidup enjin berwarna merah, karpet STi dan plak khas pada bahagian konsol tengah. Setiap pemilik juga akan mendapat keychain khas.

Subaru WRX STi Final Edition 04

Antara kelengkapan standard yang disertakan adalah kemasukan tanpa kunci, skrin sentuh 7 inci dengan ciri navigasi, sistem audio Harman Kardon dengan sembilan pembesar suara, Blind Spot Warning, lampu automatik dan pengelap cermin automatik.

Subaru WRX STi Final Edition 05

Enjin turbo 2.5-liter model ini nampaknya tidak disentuh, bermakna ia masih menghasilkan 300 PS pada 6,000 rpm dan 407 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Subaru WRX STi Final Edition 01

Previous post

Pengumuman Jalan Tutup Ahad, 7 April 2019 Jam 2:00 Petang Hingga 4:00 Petang

Next post

Grand Tourer McLaren Baharu Akan Debut Mei Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *