Gaya Hidup

Shell Malaysia Terima Pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau

Shell Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi peruncit industri minyak pertama di Asia Tenggara yang dianugerahkan pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI). Sijil tersebut diberikan kepada dua stesen Shell iaitu Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught, dengan kedua-duanya kini diiktiraf sebagai ‘bangunan hijau’.

Pengenalan kategori Peruncit Bahan Api dalam GBI membuka jalan bagi industri minyak dan bahan api untuk memperkenalkan lebih banyak bangunan mesra alam di stesen-stesennya.

BHP Banner Silver

Shairan Huzani Husain, pengarah urusan Shell  Malaysia Trading Sdn Bhd  dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, “Kami memahami peranan penting yang dimainkan oleh tenaga dalam membantu orang mencapai dan mengekalkan kualiti hidup yang baik. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan baru untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih baik agar kehidupan mereka lebih baik.”

Antara elemen GBI yang diimplementasikan adalah pemasangan sistem solar Photo Voltaic (PV) bagi menjana tenaga elektrik menerusi tenaga solar, penggunaan urinal tanpa air dan paip penjimatan air, serta sistem pemantauan yang akan memberikan amaran sekiranya tenaga digunakan secara tidak konsisten.

 

Previous post

Adakah Rolls Royce Akan Membina Surfer Cullinan ini?

Next post

Toyota Yaris Pasaran US Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *