Cerita Auto

Renault Megane R.S. Baharu Dipertontonkan di Malaysia

TC Euro Cars telah mempertontonkan Renault Megane R.S. 280 Cup baharu kepada pihak media hari ini. Dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini, model hot hatch ini sudah boleh ditempah dengan harga anggaran RM279,888 bagi versi manual dan RM299,888 bagi versi automatik.

BHP Banner NZ Mercedes-Benz

Model hot hatch ini lebih berkuasa dengan enjin turbo 1.8-liter empat silinder yang menghamburkan 280 PS pada 6,000 rpm dan 390 Nm trk dari 2,400 hingga 4,500 rpm. Versi manual enam kelajuan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.8 saat, dengan kelajuan maksimm 255 km/j.

IMG_7630

Ditawarkan buat pertama kali pada model Megane R.S., transmisi automatik klac berkembar (EDC) enam kelajuan boleh dioperasikan melalui paddle shifter. Ia mempunyai mod Multi-Sense yang merangkumi empat mod pemanduan iaitu Comfort dan Normal, Sport, serta Race.

Renault Megane R.S.

Dalam mod SPort dan Race, kotak gear EDC tersebut turut memiliki beberapa fungsi seperti Multi-Change Down yang membolehkan pemandu menurukan beberapa gear secara serentak, dan juga Launch Control. Diameter brek hadapan turut ditambah sebanyak 15 mm menjadi 355 mm.

Renault Megane R.S.

Selain enjin baharu, Megane R.S. juga merupakan model pertama dalam kelasnya yang dilengkapi dengan sistem stereng empat roda. Digelar sebagai 4Control, ia berfungsi untuk meningkatkan kestabilan kereta ketika beraksi di selekoh, selain mengurangkan radius pusingan.

Renault Megane R.S.

Casis Cup ini turut mendapat Limited Slip Differential (LSD) mekanikal Torsen, serta hentian pemampatan (bumpstop) hidraulik pada keempat-empat unit penyerap hentaknya.

Renault Megane R.S.

Dari segi kelengkapan, Megane R.S. 280 Cup didatangkan dengan lampu LED Pure Vision dengan lampu nyalaan siang 3D, rim R.S. Interlagos berukuran 19 inci, tayar bersaiz 245/35 serta angkup brek Brembo berwarna merah.

Renault Megane R.S.

Bahagian kabin pula menampilkan tempat duduk sport R.S., paparan infotainment berukuran 8.7 inci dengan sambungan USB, AUX dan kawalan hujung jari, serta panel instrumen TFT 7 inci.

Renault Megane R.S.

Harga-harga yang dinyatakan  di atas adalah harga atas jalan termasuk SST, tanpa insurans. Terdapat tambahan harga sebanyak RM1,000 untuk warna Pearl White dan RM8,000 untuk warna Orange Tonic dan Liquid Yellow.

Renault Megane R.S.

Model ini didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km. 10 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Mei 2019 berpeluang untuk menikmati percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Perancis. Ini termasuklah pengalaman melawat kemudahan Renault Sport di Dieppe.

Previous post

Petronas AutoExpert Pertama di Malaysia Dilancarkan

Next post

Kawasaki Z400 dan Z250 Dilancarkan Bagi Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>