Berita Auto

Proton X70 Lengkapkan Pengembaraan Malaysia-China 2019

Pada 26 Februari 2019, sebanyak sembilan unit Proton X70 telah berlepas dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) bagi pengembaraan melalui jalan darat ke China.

BHP Banner McLaren

Dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co., Jelajah Proton X70 Malaysia-China 2019 ini mendapat sokongan Proton dan telah merentasi lebih 13,000km jarak perjalanan dalam tempoh 33 hari melalui empat buah negara.

02 Amazing Trip 2019_Proton X70 on a 13000km Trip

Tiada sebarang masalah dilaporkan sepanjang perjalanan tersebut ydan setiap sembilan unit telah berjaya menamatkan perjalanan tanpa perlu dibaiki selain servis berkala seperti yang diperlukan.

04 Amazing Trip 2019_Friendship Bridge

Apabila ditanyakan pengalaman mereka memandu Proton X70, para peserta berterima kasih di atas pemanduan yang lancar, prestasi yang memberangsangkan dan menakjubkan serta ruangan kabin yang ditambahbaik.

05 Amazing Trip 2019_Crossing Border at Laos

Ciri-ciri ini menjadikan perjalanan yang jauh itu mudah bagi kedua-dua pemandu dan penumpang serta membolehkan mereka menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

06 Amazing Trip 2019_After China Border

“Memilih kenderaan yang salah untuk sesuatu pengembaraan boleh menjadikan perjalanan itu sukar dan memenatkan, justeru saya gembira dengan prestasi Proton X70. Kereta ini tidak memberi sebarang masalah, selesa dan terbaik, yang bermaksud ia sebuah kenderaan yang senang dipandu pada setiap hari,” kata Lim Mee, salah seorang peserta ekspedisi tersebut.

08 Amazing Trip 2019_Wuyuan, China

X70 masih belum dijual di luar Malaysia, namun bantuan teknikal telahpun diatur oleh Proton di lokasi-lokasi pengedar dan pusat-pusat servis di sepanjang laluan yang mereka lalui. Di China, servis dan sokongan kenderaan disediakan oleh pengedar-pengedar Geely.

10 Amazing Trip 2019_China (2)

Selain merentasi Malaysia, Thailand dan Laos itu, kebanyakan masa telah dihabiskan di China di mana konvoi tersebut menjelajah ke pelbagai daerah sebelum menuju ke lokasi utama iaitu Hangzhou dan kembali semula ke Malaysia.

11 Amazing Trip 2019_Geely Hangzhou

Di Hangzhou, para peserta telah berkunjung ke ibu pejabat Geely dan Pusat Pengalaman Geely. Kunjungan ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat itu, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan meninjau model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama Proton pada masa hadapan.

Previous post

Bentley Bentayga V8 Design Series Untuk Mereka Yang Mahukan Perhatian

Next post

Ciri Baharu Jaguar XF 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *