Cerita Auto

Perodua Bezza Limited Edition Dilancarkan

Perodua Bezza Limited Edition telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia Autoshow 2019, yang berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad.

BHP Banner Kelab Alfa

Acara membuka tirai bagi memperkenalkan model tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.

WLK_0190

Terhad kepada 50 unit, Bezza Limited Edition dibuka untuk tempahan hanya di Malaysia Autoshow 2019 sepanjang empat hari acara itu berlangsung dengan harga RM44,890, atas jalan sebelum insurans.

ATOK0520

Berdasarkan varian 1.3 Premium X, Bezza Limited Edition tampil dengan warna luaran Ivory White, kit badan GearUp, kemasan hitam matte yang dikelilingi jejalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte. Ia juga didatangkan dengan bumbung hitam, rim aloi berwarna kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi.

ATOK0515

Bahagian dalaman tampil lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah serta karpet GearUp.

WLK_0189

Kunjungi ruang pameran Perodua di Dewan A, MAEPS pada 11hb-14hb April ini untuk merebut tawaran eksklusif yang merangkumi produk dan perkhidmatannya, serta hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan.

ATOK0510

WLK_0193

ATOK0513

ATOK0512

WLK_0193

 

Previous post

Volkswagen Transporter T6.1 Lebih Canggih

Next post

Honda Civic Type R Mugen Concept Curi Tumpuan di Malaysia Autoshow

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *