Cerita Auto

Nissan GT-R Edisi Ulang Tahun ke-50 Bawa Semula Warna ‘Bayside Blue’

Nissan Skyline adalah salah satu kereta sport Jepun yang paling ikonik di dunia. Model ini mempunyai sejarah yang panjang, namun satu model yang pasti terpahat dalam ingatan ramai peminat kereta adalah Skyline GT-R R34 dalam warna biru Bayside Blue.

BHP Banner Audi A5

Kali terakhir warna tersebut (yang turut dikenali sebagai Wangan Blue) digunakan adalah pada tahun 2002. Kini, warna itu telah kembali dan ia boleh didapati pada GT-R edisi ulang tahun ke-50 yang telah diperkenalkan secara rasmi di New York Auto Show 2019.

2020-nissan-gt-r-50th-anniversary-edition (5)

Bagi menaikkan seri GT-R, warna biru itu dipadankan dengan jalur putih pada bahagian bonet, bumbung dan hud. Aksen berwarna biru pada rim, serta lencana 50th Anniversary menjadikan model ini lebih menonjol.

2020-nissan-gt-r-50th-anniversary-edition (1)

Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri berwarna kelabu serta kemasan Alcantara pada bahagian-bahagian tertentu. Ia juga didatangkan dengan stereng unik, kemasan tombol gear serta cetakan timbul pada tempat duduk.

2020-nissan-gt-r-50th-anniversary-edition (2)

Selain gabungan warna biru dan putih ini, GT-R edisi ulang tahun ini juga boleh juga didapati dalam warna putih Pearl White dengan jalur merah, atau warna Super Silver dengan jalur putih.

2020-nissan-gt-r-50th-anniversary-edition (3)

Dari segi prestasi, model tahun 2020 masih mempunyai 565 hp bagi varian standard dan 600 hp bagi varian Track. Bagaimanapun, enjin twin-turbo 3.8-liter V6 model ini telah diberi penambahbaikan dalam bentuk pengecas turbo baharu bagi mendapatkan respon lebih pantas.

2020-nissan-gt-r-50th-anniversary-edition (4)

Selain itu, mod R yang dikhususkan untuk penggunaan di litar juga turut ditala semula bagi menghasilkan downshift yang lebih agresif. Suspensi elektronik kini dikatakan lebih stabil dan lancar, manakala brake booster baharu memberikan respon brek yang lebih pantas.

 

Previous post

Jualan dan Pegangan Pasaran Ford Ranger Naik Suku Pertama 2019

Next post

Geely Mula Bina Kilang Baharu Lotus di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>