Berita Auto

Naza Euro Motors Lancar Citroën C3 Aircross

Model SUV kompak terbaru Citroën C3 Aircross telah dilancarkan secara rasmi oleh Naza Euro Motors Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi kenderaaan Citroën di Malaysia.

BHP Banner Autobacs

Berukuran panjang 4.15 m, lebar 2.0 m, tinggi 1.64 m dengan jarak roda 2.6 m, C3 Aircross membawa reka bentuk unik menerusi rekaan lampu berkembar pada bahagian hadapan dan efek ‘Venetian blind’ pada tiang-C. Skid plate pada bampar hadapan dan belakang pula memberikan SUV ini imej gagah.

IMG_7899

Bahagian kabin turut menampilkan tema yang sama menerusi kemasan Urban Red pada corong pendingin hawa dan stereng, serta upholsteri fabrik kelabu 3D Quartz pada tempat duduk. Fungsi-fungsi utama boleh diakses melalui skrin sentuh berukuran 7 inci yang mempunyai ciri-ciri seperti Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, Wifi, Bluetooth dan sebagainya.

IMG_7892

SUV kompak ini mempunyai but berukuran 410 liter dan jumlah ini boleh ditambah menjadi 520 liter apabila kerusi di belakang ditolak ke hadapan. Objek sepanjang sehingga 2.4 meter turut boleh dimuatkan ke dalam ruang kabin apabila kerusi penumpang hadapan dilipat sepenuhnya.

IMG_7893

Di bawah hud, terdapat enjin turbo PureTech 1.2-liter yang menghasilkan 112 PS dan 205 Nm dari seawal 1,500 rpm. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, C3 Aircross mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 10.4 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.

IMG_7862

Ciri-ciri keselamatan yang ada adalah enam beg udara, ABS, ESP, EBD, EBA dan dua cagak ISOFIX. Bukan itu sahaja, sensor belakang dan kamera undur memberikan pandangan 180 darjah bagi memudahkan parkir. Model ini mempunyai pengiktirafan lima bintang oleh Euro NCAP.

IMG_7902

Harga atas jalan tanpa insurans bagi C3 Aircross adalah RM115,888. Ia didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 120,000 km, bantuan tepi jalan 24 jam dan akses eksklusif ke SkyLounge Naza di Subang Skypark selama setahun. Bukan itu sahaja, 100 pelanggan pertama yang menempah model ini juga akan mendapat pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

IMG_7849

IMG_7878

IMG_7859

IMG_7852

Previous post

Honda Insurance Plus Ditawarkan Untuk Pemilik Honda di Malaysia

Next post

Menang RM5000 Setiap Hari Kembali Di BHPetrol!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *