Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Guzzi MGX-21 Masuk Pasaran Malaysia

Moto Guzzi Malaysia, menerusi pengimport dan pengedar rasminya iaitu Didi Resources Sdn Bhd, secara rasminya telah melancarkan Moto Guzzi MGX-21 baharu. Digelar sebagai “Flying Fortress”, ia dijual pada harga RM172,000 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

BHP Banner CO2

Rendah di belakang dan tinggi di hadapan, MGX-21 merupakan motosikal cruiser canggih yang mampu ditunggang untuk perjalanan jauh. Ini tidak mustahil dengan adanya enjin 1,380 cc, V-berkembar 90-darjah yang menghasilkan 96.6 hp pada 6,500 rpm dan 121 Nm pada 3,000 rpm.

02-mgx-21-ambient

Motosikal Itali ini didatangkan dengan pakej sistem elektronik lengkap yang merangkumi pendikit ‘ride-by-wire’ dan tiga mod tunggangan yang boleh dipilih menerusi butang kawalan pada bar hendal.

07-mgx-21-still-life

Mod Veloce menggunakan keseluruhan kuasa dan tork yang ada untuk tunggangan dinamik, manakala Turismo memberikan agihan kuasa yang lebih lancar untuk penunggangan jarak jauh yang lebih selesa. Pioggia pula sesuai bagi keadaan jalan yang licin dengan mengurangkan daya kilas dan pengurusan pembrekan enjin.

16-mgx-21-still-life

MGX-21 turut dilengkapi dengan ABS dua saluran dan sistem Traction Control canggih yang boleh dilaraskan mengikut tiga tetapan berbeza. Sistem ini juga boleh dimatikan.

10-mgx-21-action

Untuk pertama kalinya, motosikal ini mendapat ciri Cruise Control. Ia membolehkan penunggang mengekalkan kelajuan tanpa perlu menyentuh pendikit, di samping menambah atau mengurangkan kelajuan dengan menggunakan butang yang terletak di sebelah kiri bar hendal.

11-mgx-21-ambient

Kelajuan boleh ditingkatkan buat seketika dengan memulas pendikit. Sebaik sahaja dilepaskan, motosikal akan kembali kepada kelajuan ‘cruising’ asal. Sistem ini dimatikan secara automatik dengan membrek atau menekan suis pemilih, atau juga dengan memulas pendikit ke arah berlawanan. Sebaik sahaja dimatikan, anda boleh menghidupkan semula Cruise Control pada kelajuan yang telah ditetapkan dengan menekan butang “Resume”.

14-mgx-21-still-life

Papan pemuka MGX-21 menyediakan sistem hiburan lengkap yang merangkumi sistem stereo, radio AM/FM serta amplifier 25W setiap saluran yang dipadankan dengan sepasang pembesar suara.

04-mgx-21-action

Ciri yang dikenali sebagai MG-MP membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar mereka ke motosikal. Sistem ini juga boleh mengendalikan panggilan telefon dan menggunakan ciri pengenalan suara yang ada pada peranti untuk membuat panggilan atau memainkan muzik.

03-mgx-21-full-accessories

MGX-21 juga boleh dipesan dengan pelbagai aksesori yang diperbuat daripada bahan seperti aluminium dan karbon. Kesemua bahagian dicipta, direka, dan dibangunkan oleh Moto Guzzi dan telah melalui ujian kualiti yang ketat seperti mana-mana alat ganti asli yang lain bagi menjamin produk yang berkualiti dan tahan lama.

 

 

Previous post

VW Group Bertanggungjawab Untuk Lebih Daripada 2% Pelepasan Global

Next post

Perodua Bakal Lancar Bezza Edisi Terhad di Malaysia Autoshow

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *