Konsep / Lakaran / Intipan

Generasi Ketiga Mazda3 MPS. Sekejap Ada. Sekejap Tak Ada. Sekarang Ada Balik!

Sehingga lewat tahun lepas, eksekutif Mazda telah agak berdiam diri mengenai kebangkitan semula hot hatch MPS. Pada mesyuarat terakhir kami dengan mereka (14 November 2018) di Forum Reka bentuk ASEAN Mazda di Bangkok, kami bertanya mengenai kebangkitan papan nama RX sebagai supercar dan papan nama MPS dan jawapan mereka adalah hanya untuk papan nama RX yang kelihatan seperti kereta konsep ‘Vision’ yang mereka lancar di atas pentas.

Laporan terakhir kami mengenai Mazda3 MPS pada 16 April 2019: Mazda3 Versi Berprestasi Tinggi Mungkin Akan DihasilkanBHP Banner Mazda MPS

Kini ada berita terbaru dan mengembirakan dari Eropah. Kami difahamkan bahawasanya MPS akan dihidupkan semula dan ini adalah berita baik untuk peminat Mazda MPS di Malaysia, New Zealand dan juga Australia di mana terdapat ramai pengikut setia hot hatch yang menyaingi yang terbaik yang ditawarkan dari Eropah.

mazda-3_MPS 4

Model baharu ini dirancang untuk pelancaran tahun 2020. Ia akan menggunakan platform dan drivetrain Skyactiv X tetapi dengan lebih banyak kuasa dan pengendalian untuk menyaingi para pemimpin segmen, iaitu Renault Megane RS, Ford Focus ST dan VW Golf R. MPS baharu ini akan mempunyai banyak isyarat penggayaan dari bahasa reka bentuk KODO semasa. Kuasa mungkin akan dibekalkan dengan enjin 2.5 litre, 4-silinder turbocharged yang akan menghasilkan lebih 225kW dengan angka tork yang pasti mengagumkan, mungkin lebih daripada 450Nm untuk menjadi betul-betul kompetitif.mazda-3_MPS 3Tidak seperti MPS semasa (gambar di atas), yang dikeluarkan tahun 2010-2013, MPS baharu akan datang dengan pacuan semua roda yang akan mencabar Subaru WRX semua baharu. Ia juga akan dilengkapi dengan kit badan sporty yang unik, bonjolan bonet, roda aloi 19 inci, penggantungan dan brek sukan, dan dalaman yang bespoke dengan kerusi sukan.

Lebih banyak lagi maklumat akan kami kongsikan mengenai hot hatch sport yang menarik ini.

Mazda3 MPS 1

UNBOXING 05.05.2011

Mazda3 MPS 2

Terima Kunci Dari Sam [manager/kiri] & Daud [eksekutif/kanan] Pada 05.05.2011 @ Mazda Puchong

Mazda3 MPS 3

05.05.2020 Nessa Akan Berumur 9 Tahun

2020 adalah tahun saya habis bayar MPS semasa saya. Timing yang perfect? Hmmm.

 

 

 

Previous post

Hyundai Lancar Elantra Yang Direkabentuk Semula Dengan Harga RM109,888

Next post

NZ Wheels and Mercedes-Benz Malaysia Tingkatkan Penjagaan Pelanggan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *