Bisnes

Malam Anugerah Pengedar ke-9 BMW, MINI Dan BMW Motorrad

BMW Group Malaysia baru-baru ini menganjurkan Malam Anugerah Dealer tahunan mereka untuk memperingati lebih daripada 80 wakil peniaga tempatan dan individu untuk persembahan cemerlang mereka kerana jualan rekod tahunan kelapan kali berturut-turut untuk tahun 2018.

BHP Banner

Kenyataan Media

5 April 2019

BMW Group Malaysia meraikan pencapaian entiti pengedaran dan individu yang cemerlang bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malam Anugerah Pengedar ke-9.

Pengeluar kenderaan premium meraikan pencapaian yang terbaik dalam rangkaian entiti BMW untuk menyambut satu lagi tahun yang berjaya dilakar pada tahun 2018.

Kuala Lumpur, 5 April 2019 – Baru-baru ini, BMW Group Malaysia telah menghoskan majlis penganugerahan tahunannya, Malam Anugerah Pengedar meraikan lebih daripada 80 wakil pengedar serta individu yang cemerlang diiktiraf atas prestasi dan sumbangan mereka bagi pencapaian rekod jualannya pada tahun 2018 yang disambut buat kali kelapan secara berturut-turut saban tahun.

Di majlis tersebut, BMW Group Malaysia mengiktiraf setiap orang daripada 20 wakil pengedar BMW, 8 wakil pengedar MINI dan 10 wakil pengedar BMW Motorrad di seluruh negara, atas khidmat yang tiada tolok tandingnya dan juga atas dedikasi mereka menawarkan kenderaan-kenderaan serta khidmat selepas jualan yang terbaik demi kepuasan maksimum pelanggan untuk warga Malaysia.

Ketika berucap di majlis tersebut, En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia memberi penghormatan kepada sumbangan mereka dalam meningkatkan bar untuk industri automotif. Beliau mengungkapkan, “Pada tahun 2018, kami di BMW Group Malaysia telah menggarap satu lagi rekod tahun yang memberangsangkan, menjadikannya tahun kelapan secara berturut-turut dalam menyaksikan catatan pertumbuhan tertinggi dalam segmen ini buat tahun tersebut. Semestinya, kami tidak boleh berbuat demikian tanpa sokongan daripada jaringan pengedar-pengedar kami yang berdedikasi dan berkongsi matlamat yang sama untuk membawakan kenderaan yang terbaik bagi para pelanggan kami serta perkhidmatan yang cemerlang dalam industri ini kepada pelanggan. Dedikasi tinggi mereka telah membolehkan kami di BMW Group Malaysia untuk menjadi syarikat kereta premium terkemuka di negara ini. Bersama-sama, kami berharap untuk menjadikan 2019 satu lagi tahun yang berjaya untuk jenama yang diwakili oleh BMW Group.”

Anugerah Pengedar Khidmat Selepas Jualan BMW 2018 (BMW Aftersales Dealer Award 2018)

Malam Anugerah Pengedar 2018 anjuran BMW Group Malaysia telah mengiktiraf kualiti kerja yang cemerlang oleh individu-individu dalam divisyen ‘Aftersales’ bermula dari kategori Ketua Khidmat Selepas Jualan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Mekanik, sehingga ke Ketua Bahagian Komponen, serta Kategori Terbuka.

Anugerah bagi Ketua Khidmat Selepas Jualan dirangkul oleh Alex Lee Kian An dari Millennium Welt Batu Pahat, Ng Wai Lun dari Auto Bavaria Sungai Besi dan Lim Yong Khung dari Seong Hoe Premium.

Anugerah Pegawai Khidmat Pelanggan diberikan kepada Koo Chea Sieng dari Auto Bavaria Kuala Lumpur, Muaz bin Mohd Amin dari Auto Bavaria Johor Bahru dan Syed Faisal Azwan dari Auto Bavaria Sungai Besi.

Sementara itu, Thang Chin Fai dari Millennium Welt Seremban disertai oleh Jacky Liu Jiun Long dari Seong Hoe Premium dan Muhammad bin Mohd Abu Bakar dari Auto Bavaria Penang untuk menerima anugerah bagi kategori Mekanik.

Anugerah untuk Ketua Bahagian Komponen menyaksikan Fun Meng Chiang dari Auto Bavaria Kuala Lumpur dan Aizat Fuad dari Auto Bavaria Sungai Besi membawa pulang anugerah tersebut.

Bagi Kategori Terbuka untuk Anugerah Pengedar Khidmat Selepas Jualan BMW, antara nama-nama yang diiktiraf ialah, Gloria Anak Sigus dari Regas Premium Auto Sarawak, Loganathan a/l Ramaswamy dari Auto Bavaria Johor Baru dan Ryan Tan En Lai dari Tian Siang Premium Butterworth.

Anugerah Pengedar Motorrad BMW 2018 (BMW Motorrad Dealer Award 2018)

BMW Group Malaysia juga telah mempersembahkan Anugerah Pengedar Motorrad BMW 2018, sebuah kategori yang diperkenalkan untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa terhadap barisan produk BMW Motorrad. Bagi kategori Pengurus Jualan Motorrad, anugerah ini diberikan kepada Tan Yeok Thye dari EL Chong Motor Sg. Jawi dan Sathiya Selvam dari Tian Siang Premium Auto Ipoh.

Kategori Penasihat Jualan Motorrad menyaksikan Ben Chear dari Chear Motorrad Puchong dan Wee Wei Ping dari EL Chong Motor Sg. Jawi menerima anugerah tersebut sementara buat kategori Pengurus Khidmat Selepas Jualan Motorrad pula, pengiktirafan diberikan kepada Celine Ooi Siew Hui dari EL Chong Motor Sg. Jawi dan Muthuramu Suppiah dari Auto Bavaria Glenmarie.

Henry Tan dari EL Chong Motor Sg. Jawi dan Tee Kean Chu dari Auto Bavaria Penang telah membawa pulang anugerah bagi kategori Penasihat Servis Motorrad, sementara Anugerah Juruteknik Motorrad diberikan kepada Habibulah Ramli dari Auto Bavaria Glenmarie dan Nik Izwan dari Tian Siang Premium Auto Ipoh. Kategori Terbuka Motorrad dimenangi oleh Lam Kae Vin dari Auto Bavaria Glenmarie dan Mohamed Irshad bin Abdul Razak dari Auto Bavaria Penang.

Anugerah Kelab Issigonis MINI 2018 (MINI Issigonis Club Award 2018)

Anugerah Kelab Issigonis MINI pula telah menyoroti kejayaan jenama MINI dalam kategori; Pengedar Terbaik MINI, Pengurus Jualan Terbaik MINI, dan Penasihat Jualan Terbaik MINI.

Anguerah dibahagikan kepada kategori-kategori berikut; MINI John Cooper Works (MINI JCW), MINI Cooper S dan Mini Cooper.

Anugerah Pengedar Terbaik MINI diberikan kepada Joe Lee dari Auto Bavaria Glenmarie bagi kategori MINI JCW, sementara Choong Chin Seong dari Auto Bavaria Kuala Lumpur merangkul anugerah ini bagi kategori MINI Cooper S. Nicholas Lee dari Millennium Welt Seremban membawa pulang anugerah tersebut di bawah kategori MINI Cooper.

Pengurus Jualan Terbaik MINI untuk kategori MINI JCW dianugerahkan kepada Jimmy Lim dari Auto Bavaria Glenmarie, sementara anugerah bagi kategori MINI Cooper S diberikan kepada Baljeet Singh dari Auto Bavaria Kuala Lumpur, kategori anugerah MINI Cooper dirangkul oleh Wong Kim Kooi dari Auto Bavaria Penang.

Lima individu cemerlang dinamakan Penasihat Jualan Terbaik MINI. Dua anugerag di bawah kategori MINI JCW diberikan kepada Jack Ng dari Ingress Auto Bangsar dan Belinda Ong dari Auto Bavaria Glenmarie. Lagi dua anugerah bagi kategori MINI Cooper S diberikan kepada Muhammad Zulhafizi dari Auto Bavaria Kuala Lumpur dan Dianne Sulia dari Wearnes Autohaus Tebrau, sementara kategori MINI Cooper menyaksikan Cally Chan dari Auto Bavaria Penang menerima anugerah tersebut.

Anugerah Kelab Visi BMW 2018 (BMW Vision Club Award 2018)

Anugerah Kelab Visi BMW telah mengiktiraf pencapaian individu yang memberangsangkan dalam aspek jualan bagi tahun 2018. 14 individu berpencapaian tinggi telah diiktiraf melalui kategori berikut; Ketua Unit Jualan, Penasihat Jualan, Jualan 7 Siri Terbaik dan Seleksi Premium BMW.

Bagi kategori Ketua Unit Jualan, Victor Tan dari Wheelcorp Premium Setia Alam dianugerahkan sebagai pemenang tempat pertama sementara Joseph Chin dari Quill Automobiles Petaling Jaya pula merupakan naib juara dalam anugerah Berlian. Kategori Platinum (Platinum) pula dimenangi oleh Nicholas Lee dari Millenium Welt Seremban, manakala anugerah naib juara diberikan kepada Teoh Boon Chong dari Tian Siang Premium Auto Butterworth. Anugerah Emas (Gold) pula diberikan kepada Melvin Chong dari Seong Hoe Premium Motors Melaka dan Josephine Tay dari Regas Premium Auto Kuching. Anugerah Perak (Silver) digarap oleh Alex Teh dari Millenium Welt Batu Pahat.

Kategori Penasihat Jualan menyaksikan Winnie Lim Siao Huoi dari Wheelcorp Premium Setia Alam sebagai juara; Naib Juara, Jamie Hoy Lai Kien dari Ingress Auto Damansara; Tempat Ketiga, Chan Wai San dari Auto Bavaria Sungai Besi dan Tempat Keempat, Chong Kean Tuck dari Auto Bavaria Glenmarie.

Anugerah Platinum bagi kategori Penasihat Jualan diberikan kepada Wendy Lee Yean Chew dari Millennium Welt Seremban, Paul Liew King Choong dari Tian Sian Premium Auto Ipoh dan Teh Weng Wah dari Tian Siang Premium Auto Butterworth. Emas dianugerahkan kepada Lim Yu Yuan dari Lee Motors Auto Care Alor Setar, Felicia Fong Gheen Wah dari Millennium Welt Kuantan dan Tiong Kwan Siong dari Regas Premium Kuching, sementara Perak diberikan kepada Alvin Tey Boon Huat dari Millennium Welt Batu Pahat.

Anugerah Jualan 7 Siri Terbaik pula digarap oleh Danny Saw, Penasihat Jualan untuk Tian Siang Premium Auto Butterworth, menjadikannya kemenangan ketiga secara berturut bagi wakil pengedar Butterworth ini.

Bagi Seleksi Premium BMW, kategori Ketua Unit Jualan dirangkul oleh Mak Jun Hong dari Millenium Welt Seremban, sementara kategori Penasihat Jualan dimenangi oleh Rachel Cheong Shee Loke dari Auto Bavaria Glenmarie.

Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW 2018 (BMW Excellence Club Award 2018)

Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW juga terbahagi kepada empat kategori, Berlian, Platinum, Emas dan Perak. Anugerah Berlian dimenangi oleh Joe Lee dari Auto Bavaria Glenmarie, Jayden Liew dari Wheelcorp Premium Setia Alam dan Turse Zuhair dari Auto Bavaria Sungai Besi. Sementara itu, anugerah Platinum diberikan kepada Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang, Bryan Wong dari Millenium Welt Seremban dan Tan Ka Kin dari Tian Siang Premium Auto Butterworth. Emas pula dirangkul oleh Loy Suan Chiow dari Seong Hoe Premium Motors Melaka, Gavin Tay dari Regas Premium Auto Kuching dan Woon Choon Yuen dari Millennium Welt Kuantan. Kategori Perak diberikan kepada Bryan Wong dari Millenium Welt Batu Pahat.

Anugerah Pengedar Servis Kewangan BMW Group 2018 (BMW Group Financial Service Dealer Award 2018)

Anugerah ini mengiktiraf empat individu berpencapaian tinggi dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan dari BMW Group Financial Services Malaysia. Anugerah tersebut digarap oleh Joe Lee dari Auto Bavaria Glenmarie, membawa pulang anugerah Berlian. Wong Loke Win dari Auto Bavaria Penang membawa pulang anugerah Platinum dan Bryan Wong dari Millennium Welt Seremban dan Loy Suan Chiow dari Seong Hoe Premium Motors Melaka memenangi anugerah Emas.

Anugerah Penasihat Jualan Servis Kewangan BMW Group 2018 (BMW Group Financial Service Sales Advisor Award 2018)

Anugerah ini pula mengiktiraf tiga individu secara saksama atas prestasi cemerlang mereka dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan dari BMW Group Financial Services Malaysia. Pemenangnya ialah Ken Chong dari Auto Bavaria Glenmarie, Wendy Lee dari Millennium Welt Seremban dan Chua Kok Sing juga dari Auto Bavaria Glenmarie.

BMW Dealers 2018 18

BMW Dealer Awards Night 2018(18): Mr. Harald Hoelzl with the winners of Diamond Category for the BMW Excellence Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 17

BMW Dealer Awards Night 2018(17): Mr. Harald Hoelzl with the winners of Platinum Category for the BMW Excellence Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 16

BMW Dealer Awards Night 2018(16): Mr. Harald Hoelzl with the winners ofGold and Silver Category for the BMW Excellence Club Award 2018

BMW Dealers 2018 15

BMW Dealer Awards Night 2018(15): Mr. Raymond Tan with the winners of the Head of Sales Category, for the BMW Vision Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 14

BMW Dealer Awards Night 2018(14): Mr. Raymond Tan, Head of Sales, BMW Group Malaysia, with the winners of the Sales Advisor Category, for the BMW Vision Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 13

BMW Dealer Awards Night 2018(13):Mr. Tan Yi An, Assistant Manager of BMW Premium Selection with winners of Head of Sales and Sales Advisor Categories.

BMW Dealers 2018 12

BMW Dealer Awards Night 2018(12):Ms. Linnet Yew with the winners of the MINI Top Sales Advisor Category, for the MINI Issigonis Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 11

BMW Dealer Awards Night 2018(11):Ms. Linnet Yew with the winners of the MINI Top Sales Manager Category, for the MINI Issigonis Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 10

BMW Dealer Awards Night 2018(10):Ms. Linnet Yew, Head of MINI, BMW Group Malaysia, with the winners of the MINI Top Dealership Category, for the MINI Issigonis Club Award 2018.

BMW Dealers 2018 9

BMW Dealer Awards Night 2018(9): Mr. Tobias Eismann with the winners of the BMW Group Financial ServicesSales Advisor Award 2018.

BMW Dealers 2018 8

BMW Dealer Awards Night 2018(8): Mr. Tobias Eismann, Managing Director of BMW Group Financial Services, with the winners of the BMW Group Financial ServicesDealer Award 2018.

BMW Dealers 2018 7

BMW Dealer Awards Night 2018(7): (Far left)Mr. Dimitris Raptis, BMW Motorrad Head of Region Asia-Pacific, China, Russia, Africa, and (far right) Mr. Owen Riley, Head of Motorrad Malaysia, with the winners of theBMW Motorrad Award 2018.

BMW Dealers 2018 6

BMW Dealer Awards Night 2018(6): Mr. Stefan Sloboda with the winners of the Open Category, for the BMW Aftersales Dealer Award 2018.

BMW Dealers 2018 5

BMW Dealer Awards Night 2018(5): Mr. Stefan Sloboda with the winners of the Head of Parts Department Category, for the BMW Aftersales Dealer Award 2018.

BMW Dealers 2018 4

BMW Dealer Awards Night 2018(4): Mr. Stefan Sloboda with the winners of the Mechanics Category, for the BMW Aftersales Dealer Award2018.

BMW Dealers 2018 3

BMW Dealer Awards Night 2018(3): Mr. Stefan Sloboda with the winners of the Customer Service Officer Category, for the BMW Aftersales Dealer Award 2018.

BMW Dealers 2018 2

BMW Dealer Awards Night 2018(2): Mr. Stefan Sloboda with the winners of the Head of Aftersales Category, for the BMW Aftersales Dealer Award 2018.

 

Previous post

Pemandu Kelab Alfa Tiba Di Kunming

Next post

Hyundai Meraikan IONIQ Dengan Kempen TV Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *