Berita Auto

Kia Stinger GTS – Model Edisi Terhad Yang Ditambahbaik

Selalunya apabila sesebuah pengeluar melancarkan model edisi terhad, apa yang ditawarkan hanyalah kemaskini kosmetik yang merangkumi warna dan kemasan baharu serta lencana atau logo istimewa.

BHP Banner Persona Iriz

Tetapi tidak bagi Kia Stinger GTS yang telah diperkenalkan di acara New York International Auto Show baru-baru ini. Terhad kepada 800 unit, model ini bukan sahaja menampilkan warna unik malah ia kini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda canggih yang dikenali sebagai D-AWD.

2020-kia-stinger-gts (3)

Seperti sistem xDrive yang terdapat pada BMW M5, sistem D-AWD membolehkan kuasa dibahagikan antara gandar hadapan dan belakang mengikut mod yang dipilih. Mod Comfort menyalurkan 60% kuasa ke roda belakang, manakala mod Sport menyalurkan 80%.

2020-kia-stinger-gts (5)

Lebih menarik lagi, terdapat juga mod Drift yang menghantar 100% kuasa ke roda belakang dan memegang gear dengan lebih lama. Secara teknikalnya, mod ini menjadikan Stinger GTS sebagai jentera pacuan roda belakang.

2020-kia-stinger-gts (6)

Bukan itu sahaja, Stinger GTS turut didatangkan dengan Limited Slip Differential mekanikal pada gandar belakang bagi menghasilkan tahap cengkaman yang lebih tinggi. Turut disertakan adalah sistem logik kawalan baharu yang boleh mengesan kehadiran ‘counter steer’.

2020-kia-stinger-gts (4)

Sama seperti Stinger GT, versi GTS ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 yang menjana 365 hp dan 510 Nm. Enjin twin-turbo itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

2020-kia-stinger-gts (2)

Dari segi penampilan, model edisi terhad ini didatangkan dalam warna oren Federation serta bahagian-bahagian gentian karbon seperti keliling jeriji, cermin sisi dan liang udara sisi. Bahagian dalaman pula menampilkan gabungan kemasan Alcantara dan Chamude.

 

Previous post

Venue Adalah SUV Paling Kecil Hyundai Setakat Ini

Next post

Kilang Pertama Asia Di Luar Jepun Subaru Adalah Di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *