Bisnes

Jualan dan Pegangan Pasaran Ford Ranger Naik Suku Pertama 2019

Ford Ranger mengekalkan popularitinya di Malaysia bagi suku pertama tahun 2019 dengan lonjakan pegangan bagi segmennya kepada 20.1 peratus, peningkatan sebanyak 4.8 peratus berbanding suku tahun pertama tahun lalu.

BHP Banner hyper lotus

“‘Built Ford Tough’ Ranger sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan segmen trak pikap dari segi kemampuan, versatiliti, rekabentuk hebat dan keselesaan,” kata Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Pasifik, Ford Motor Company.

Ditawarkan dalam sembilan varian, Ranger sememangnya memenuhi kehendak pelanggan dari pelbagai segmen – dari Ranger Raptor premium yang berharga RM199,888 sehinggalah model asas termurah di pasaran, Ranger XL yang berharga RM103,888.

Ford Ranger Raptor

Ini ditambah lagi dengan kelengkapan keselamatan pintar yang pertama dan yang tunggal di dalam segmennya, pikap Ranger menawarkan lebih dari apa yang ada pada kereta penumpang sendiri.

“Kami sangat teruja dengan permintaan yang begitu kukuh terhadap barisan Ford Ranger yang baharu ini, terutama sekali sambutan terhadap Ranger Raptor yang mempelopori segmen baharu untuk kategori trak pikap – trak premium berprestasi tinggi” kata Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ranger terus mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia sejak 2012, termasuk yang terbaharu anugerah Trak Pikap Terbaik dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards 2018 (VOTY).

Previous post

Audi A5 Sportback Baharu Berharga 'HANYA' RM338,878

Next post

Nissan GT-R Edisi Ulang Tahun ke-50 Bawa Semula Warna 'Bayside Blue'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>