Berita Auto

Jaguar Land Rover Menang Kes Saman Ke Atas Jiangling

Setelah tiga tahun, Jaguar Land Rover akhirnya memenangi kes mahkamah ke atas pengeluar kenderaan dari China, Jiangling Motor Corporation kerana menjual Range Rover Evoque tiruan pada harga yang lebih murah.

BHP Banner Audi

Sebuah mahkamah di Beijing mengatakan bahawa model yang dikenali sebagai Landwind X7 itu mempunyai lima ciri-ciri spesifik yang ditiru terus dari Evoque. Ini menyebabkan kekeliruan di kalangan pelanggan.

Mahkamah tersebut turut mengarahkan pengeluaran Landwind X7 dihentikan serta-merta. Jiangling turut diarahkan untuk membayar pampasan kepada Jaguar Land Rover.

Jiangling Motor Landwind X7

Landwind X7

Ketua bahagian undang-undang Jaguar Land Rover, Keith Berjamin berkata, “Kami mengalu-alukan keputusan mahkamah Beijing ini, sekaligus menguatkankan keyakinan kami dalam membuat pelaburan di China dan dalam keadilaan penghakiman hak intelek di mahkahmah di China.”

“Keputusan ini merupakan satu tanda jelas undang-undang dilaksanakan dengan sewajarnya untuk melindungi pengguna dan menegakkan hak mereka supaya mereka tidak keliru, sambil melindungi pelaburan perniagaan dalam reka bentuk dan inovasi.”

Previous post

Pusingan Kedua Cub Prix Malaysia Akan Diteruskan

Next post

Senarai Gurauan April Fool 2019 Pembuat Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *