Berita Auto

Honda Civic Type R Mugen Concept Curi Tumpuan di Malaysia Autoshow

Honda Malaysia membuat kejutan di acara Malaysia Autoshow 2019 yang membuka tirai hari ini dengan mempamerkan Honda Civic Type R Mugen Concept. Ini merupakan penampilan pertama model itu di Asia Tenggara.

BHP Banner Kelab Alfa

Honda Civic Type R Mugen Concept

Tampil dalam warna Carnival Red yang menonjol, Civic Type R Mugen Concept tampil lebih agresif berbanding model standard (yang sebenarnya sudah kelihatan cukup garang) dengan kit badan Mugen yang merangkumi 12 elemen iaitu:

  • Kemasan karbon pada jeriji
  • Lip spoiler hadapan
  • Under spoiler belakang
  • Kemasan sisi
  • Lampu LED belakang
  • Rim 20 inci
  • Pelekat badan Mugen
  • Set nat tayar
  • Stereng sport
  • Kemasan kulit pada tombol gear
  • Karpet sport
  • Scuff plate

Honda Civic Type R Mugen Concept

Bagaimanapun, pakej naik taraf Mugen ini hanya meliputi aspek kosmetik luaran dan dalaman. Di bawah hud, ia masih dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 310 PS dan 400 Nm.

Previous post

Perodua Bezza Limited Edition Dilancarkan

Next post

Patutkah Castrol Kurangkan Harga Pelincirnya?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *