Bisnes

Geely Mula Bina Kilang Baharu Lotus di China

Geely telah memulakan kerja-kerja pembinaan kilang Lotus baharu bernilai kira-kira $1.3 bilion (RM5.4 bilion) di Wuhan, yang merupakan ibu kota wilayah Hubei.

BHP Banner Audi A5

Ini merupakan kilang pengeluaran Lotus pertama yang terletak di luar United Kingdom. Sejak dibangunkan pada 1948, Lotus memasang kenderaannya di Norfolk, England.

Menurut laporan laman web Automotive News Europe, kilang tersebut akan mula beroperasi dalam tempoh dua tahun dengan kapasiti untuk mengeluarkan sehingga 150,000 kenderaan konvensional serta elektrik setiap tahun.

Selain Lotus, Geely mungkin akan menggunakan kilang baharu itu memasang kenderaan jenama lain yang bernaung di bawahnya, namun setakat ini maklumat itu tidak dapat disahkan.

Pada 2017, Geely memperoleh 49.9 peratus pegangan saham dalam Proton Holdings daripada DRB-Hicom. Di bawah perjanjian yang sama, pengeluar kereta dari China itu turut membeli kepentingan Lotus daripada Proton sebanyak 51 peratus.

Previous post

Nissan GT-R Edisi Ulang Tahun ke-50 Bawa Semula Warna 'Bayside Blue'

Next post

Honda HR-V Yang Eropah Dapat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *