Berita Auto

Ford Kuga Generasi Ketiga Datang Dalam Pelbagai Versi

Ford dilihat sedang dalam usaha mengembangkan portfolio SUV-nya dengan agresif. Setelah memperkenalkan Explorer beberapa bulan lalu, jenama Blue Oval itu kini memperkenalkan pula Kuga generasi ketiga yang menampilkan rupa lebih segar dan pelbagai teknologi terkini.

BHP Banner McLaren

Disebalik rekaan yang moden dan seakan-akan hatchback ini, Kuga menggunakan platform C2 baharu yang dikatakan 90 kg lebih ringan berbanding model sebelum ini. Platform tersebut menjadikan ia lebih besar dan lebar, dan ini menghasilkan ruang kabin dan bonet yang lebih luas.

2020-ford-escape (5)

Bergantung pada pasaran, Kuga ditawarkan dalam tiga varian iaitu Titanium, ST Line dan Vignale, masing-masing dengan rekaan dan perincian yang berbeza. Sebagai contoh, ST Line merupakan varian yang sporty dengan reka bentuk bampar lebih agresif dan pelbagai perincian berwarna gelap.

2020-ford-escape (2)

Bahagian kabin pula tidak ubah seperti Focus, dengan kluster instrumen digital berukuran 12.3 inci dan skrin sentuh lapan inci yang terletak pada konsol tengah. Turut disertakan adalah sistem infotainmen SYNC 3 dengan ciri-ciri seperti Apple CarPlay, Android Auto dan navigasi Waze.

2020-ford-escape (3)

Khas untuk pencinta muzik, Ford turut menawarkan sistem audio Bang & Olufsen berkapasiti 575 watt dengan 10 pembesar suara.

2020-ford-escape (1)

Kuga akan ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin seperti berikut;

  • Plug-in Hybrid dengan enjin petrol 2.5
  • EcoBlue Mild Hybrid
  • Hybrid dengan enjin petrol 2.5
  • Diesel 2.0 EcoBlue
  • Diesel 1.5 EcoBlue
  • Petrol 1.5 EcoBoost

2020-ford-escape (4)

Antara teknologi terbaru yang ditawarkan adalah sistem bantuan pemandu Ford Co-Pilot 360 yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan Lane-Centering, Active Park Assist 2.0 dan Evasive Steering Assist.

Previous post

Grand Tourer McLaren Baharu Akan Debut Mei Ini

Next post

Bentley Bentayga V8 Design Series Untuk Mereka Yang Mahukan Perhatian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *