Gaya Hidup

Digi Lancar Kemudahan WiFi iFleet Untuk Pengangkutan Awam

Digi Telecommunications Sdn Bhd telah melancarkan kemudahan WiFi iFleet yang membolehkan syarikat bas dan kereta api serta pengendali pengangkutan darat yang lain menawarkan akses internet yang lancar kepada penumpang semasa dalam perjalanan.

BHP Banner Kelab Alfa

Perkhidmatan baharu ini telah diuji oleh beberapa orang pengguna dan terkini di Sarawak melalui Bas Kuching, yang merupakan perkhidmatan bas elektrik di negeri tersebut. Inisiatif ini telah diterima baik kerana berhasil memberi akses internet yang cepat dan lancar kepada penumpang sepanjang perjalanan harian mereka.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata kemudahan WiFi di tempat awam yang semakin banyak telah meningkatkan keperluan penumpang untuk sentiasa berkomunikasi atas urusan kerja atau dalam rangkaian sosial mereka, di mana sahaja mereka berada.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2018, 68.1% rakyat Malaysia menggunakan Internet semasa mereka dalam perjalanan. Oleh itu, inisiatif yang dilakukan untuk meningkatkan tahap produktiviti mereka semasa dalam perjalanan mampu menjadikan penggunaan pengangkutan awam dan komersial lebih menarik. Malah, kini kemudahan WiFi dianggap sebagai satu keperluan penting yang harus disediakan oleh pengendali pengangkutan darat.”

???

Dengan WiFi iFleet, pengendali pengangkutan darat dapat mengurangkan kos menerusi faedah daripada pelaburan muka yang dibuat pada kadar minimum. Perkhidmatan langganan yang ringkas ini menyediakan perkhidmatan WiFi dengan kos yang jauh lebih rendah di mana pada kebiasaannya sangat mahal untuk kenderaan komersial.

Syarikat pengendali kenderaan komersial dan pengangkutan darat juga boleh memaparkan mesej yang bersesuaian dengan jenama mereka di halaman utama bagi memperibadikan lagi perkhidmatan mereka kepada penumpang. Selain itu, pengendali juga boleh memaparkan iklan di halaman utama untuk terus menjana keuntungan daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

WiFi iFleet menyediakan sambungan yang stabil dan pantas melalui rangkaian 4G-LTE Digi. Perkhidmatan ini menyokong beberapa pengguna dalam masa yang sama dan turut menawarkan sambungan melangkaui sempadan meliputi Singapura dan Thailand.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran WiFi iFleet, layari https://ifleet.my/ifleet-wifi.

Previous post

Kelab Pemilik Alfa Sampai Di Chengdu China

Next post

Volkswagen Transporter T6.1 Lebih Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *