Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW i3s Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2019

BMW Group Malaysia telah melancarkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya iaitu BMW i3s di Malaysia Autoshow 2019. Ia merupakan penambahan kepada portfolio kenderaan Mobiliti Bervisi, selain memperkukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pembekal e-mobiliti yang terkemuka di dalam negara.

BHP Banner

Jentera bebas emisi ini dikuasakan oleh motor elektrik bersinkronisasi yang menjana 184 hp dan 270 Nm. Dilengkapi dengan transmisi automatik satu kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

The First-Ever BMW i3s (10)

Bateri lithium ion yang ditempatkan di bawah lantai memberikan i3s jarak pemanduan sejauh 260 km, manakala penggunaan kuasa elektrik pula adalah pada tahap 14.3 kWj untuk setiap 100 km mengikut kitaran NEDC.

The First-Ever BMW i3s (5)

Untuk pengecasan, perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses 24/7 kepada fasiliti-fasiliti pengecasan ChargEV di seluruh negara.

The First-Ever BMW i3s (4)

Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan BMW i Wallbox untuk kediaman mereka. Ia membekalkan kuasa pengecasan berjumlah 11 kW untuk jarak pemanduan sejauh 180 km dalam masa kurang daripada tiga jam.

The First-Ever BMW i3s (8)

Sistem ini turut dilengkapi dengan akses WiFi dan boleh dioperasikan menerusi telefon pintar, jam pintar, komputer atau tablet, serta boleh mengakses semua tawaran BMW Digital Charging Service.

The First-Ever BMW i3s (9)

i3s dilengkapi dengan sistem suspensi sport sebagai standard, yang mengurangkan ketinggian sebanyak 10 mm pada tahap serta melebarkan jarak antara roda kiri dan kanan (track) sebanyak 40 mm. Sistem suspensi ini dipadankan dengan roda aloi ‘double spoke’ 20 inci dengan saiz tayar bercampur.

The First-Ever BMW i3s (11)

Kelincahan pemanduan disumbangkan oleh Dynamic Stability Control dan Dynamic Traction Control. Ia juga hadir dengan Cornering Brake Control, Dynamic Brake Control, serta ABS dan Brake Assist.

The First-Ever BMW i3s (8)

Driving Assistant Plus pula bertujuan memudahkan pemandu menerusi kamera pandang belakang, Park Distance Control, Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Collision and Pedestrian Warning dengan City Braking function serta Traffic Jam Assistant.

The First-Ever BMW i3s (12)

i3s dijual pada harga RM279,000 (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW).

The First-Ever BMW i3s (3)

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM3,188 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Previous post

Perodua Aruz Kini Dengan Aksesori GearUp

Next post

Litar Batu Kawan Ujian Sebenar Honda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *