Cerita Auto

Bentley Bentayga V8 Design Series Untuk Mereka Yang Mahukan Perhatian

SUV seperti Bentley Bentayga sudah cukup eksklusif jika dibandingkan dengan kebanyakan pesaingnya, namun bagi pelanggan yang inginkan penampilan lebih menonjol, pengeluar kereta mewah dari Crewe itu kini menawarkan Bentayga V8 Design Series.

BHP Banner McLaren

Menggunakan varian V8 sebagai asas, model edisi istimewa itu menampilkan gabungan ciri luaran dan dalaman Mulliner. Ini termasuklah apron bampar hadapan dalam warna yang sama dengan badan, muncung ekzos berwarna hitam, lencana Design Series pada bahagian bawah pintu hadapan serta rim Paragon tujuh batang yang didatangkan dalam warna Palladium Grey.

bentley-bentayga-design-series-interior

Apa yang menarik, model V8 Design Series ini turut mendapat lencana rim ‘self-leveling’ yang menggunakan mekanisma pemberat bagi menjadikan ia kekal berada dalam keadaan tegak walaupun tayar sedang berpusing.

bentley-bentayga-design-series-interior (1)

Ruang kabin pula boleh dihiasi dengan salah satu daripada empat tema yang ditawarkan iaitu Pillar Box Red, Orange, Mulliner White dan Klein Blue. Ini dipadankan dengan kemasan gentian karbon pada papan pemuka dan pintu, serta kemasan hitam piano pada konsol tengah.

bentley-bentayga-design-series (1)

Perubahan pada Bentayga V8 Design Series hanya melibatkan aspek kosmetik. Kuasa masih dibekalkan oleh enjin 4.0-liter V8 yang menghamburkan 550 PS dan 770 Nm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 290 km/j.

 

 

Previous post

Ford Kuga Generasi Ketiga Datang Dalam Pelbagai Versi

Next post

Proton X70 Lengkapkan Pengembaraan Malaysia-China 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *