Berita Auto

Volvo Akan Perkenal Ciri ‘Care Key’ Mulai 2021

Bermula 2021, semua kereta Volvo akan didatangkan secara standard dengan kunci khas ‘Care Key’ yang membolehkan pemilik mengehadkan kelajuan maksimum kereta mereka.

BHP Banner Perodua Aruz

Sama seperti ciri MyKey pada kenderaan Ford, pemilik Volvo kini boleh menetapkan kelajuan maksimum kenderaan melalui Care Key sebagai langkah keselamatan sebelum meminjamkan kereta mereka kepada pemandu yang kurang berpengalaman.

Ciri baharu ini dilancarkan berikutan pengumuman Volvo pada awal bulan ini untuk mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan mereka kepada 180 km/j.

Volvo-V60_Cross_2

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Vision 2020 jenama dari Sweden itu yang mensasarkan agar tiada lagi penumpang terbunuh atau cedera parah di dalam kereta Volvo.

Bukan itu sahaja, Volvo juga dalam proses menjemput syarikat-syarikat insurans dari beberapa buah negera bagi membincangkan tawaran insurans khas bagi pelanggan mereka yang menggunakan ciri-ciri keselamatan seperti Care Key.

Previous post

Triumph Motorcycles Malaysia Lancar 5 Model 'Modern Classics' 2019

Next post

Aston Martin DBS Superleggera Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *