Berita Auto

Toyota Sasar ke Bulan Dalam Masa 10 Tahun Lagi

Toyota Motor Corporation telah mengumumkan perjanjian dengan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) bagi mempertimbangkan kemungkinan untuk meneroka angkasa lepas.

BHP banner The 8

Sebagai langkah pertama, JAXA dan Toyota telah bersetuju menjalinkan kerjasama untuk membangunkan sebuah kenderaan (lunar rover) dengan teknologi kenderaan sel bahan api elektrik bagi tujuan meneroka permukaan bulan.

toyota-lunar-rover-concept-art (1)

Walaupun jumlah tenaga yang boleh diangkut ke bulan adalah terhad, rover tersebut dikatakan mempunyai jarak pemanduan sejauh 10,000 km, hampir cukup untuk memandu mengelilingi lilitan khatulistiwa bulan yang berukuran 10,916 km.

toyota-lunar-rover-concept-art (2)

Gambar model konsep yang disiarkan turut menunjukkan ia dilengkapi dengan panel solar pada bahagian sisi yang kemungkinan besar akan menjadi sumber kuasa tambahan.

toyota-lunar-rover-concept-art (3)

Bakal dilancarkan ke bulan pada 2029, rover ini berukuran 6 meter panjang, 5.2 meter lebar dan 3.8 meter tinggi, lebih kurang saiz dua buah bas mikro. Dengan ruang dalaman berukuran 13 meter padu, ia dikatakan mampu memuatkan dua angkasawan atau empat jika dalam kecemasan.

Previous post

SDAC Taja Mesyuarat Agung Kelab Ford Ranger Kuching

Next post

Porsche 911 Carrera S Cabriolet 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *