Berita Auto

Tesla Model Y Diperkenalkan

Tesla telah memperkenalkan kenderaan keempat dalam barisannya yang dikenali sebagai Model Y. Tawaran terbaru syarikat Elon Musk ini mempunyai penampilan yang tidak ubah seperti Model X, namun ia sebenarnya berkongsi platform dan kebanyakan komponennya dengan Model 3.

BHP Banner X70

Model Y akan dijual pada harga bermula dari $39,000 (RM159,568) bagi versi Standard Range, dan akan turut ditawarkan dalam versi Long Range, Dual-Motor All-Wheel Drive dan Performance.

Dari segi prestasi, varian Standard dengan pacuan roda belakang memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 5.9 saat dan boleh dipandu sejauh 370 km, manakala versi Long Range memecut dalam 5.5 saat dengan jarak pemanduan yang lebih jauh iaitu 482 km.

2021-tesla-model-y

Sementara itu, versi Dual-Motor All-Wheel Drive pula memerlukan 4.8 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dan boleh dipandu sejauh 450 km. Varian Performance adalah varian paling pantas dalam barisan Model Y dengan masa pecutan 3.5 saat. Jarak pemanduannya adalah sama dengan versi Dual-Motor All-Wheel Drive.

Bahagian dalaman Model Y menampilkan bumbung kaca panoramik dan kedudukan kerusi yang tinggi bagi menghasilkan suasana yang lebih luas. Seperti Model 3, ia mempunyai skrin sentuh berukuran 15 inci. Ia tidak memerlukan kunci, sebaliknya pemandu hanya perlu menggunakan telefon pintar untuk masuk dan keluar, serta mengakses pelbagai fungsi seperti pengesanan lokasi, mod had kelajuan dan sebagainya.

2021-tesla-model-y-interior

Bagi pengecasan pula, Model Y sesuai untuk digunakan dengan rangkaian Supercharger yang mempunyai lebih 12,000 stesen pengecas di 36 buag negara, serta V3 Supercharger yang dikatakan boleh mengecas sehingga 1,609 km dalam masa sejam.

Penghantaran dijangka bermula pada tahun 2020 bagi varian Performance, Long Range Rear-Wheel Drive, dan Dual-Motor All-Wheel Drive, dan awal 2021 bagi Standard Range.

tesla-model-y (1)

Previous post

Perodua Sumbang Barang Keperluan Kepada 20 Keluarga Rumah Clement Bayang

Next post

Harley-Davidson of Penang Dibuka Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *