Berita Auto

Selezione Lamborghini Tawar Supercar Pra-Milik Berkualiti

Lamborghini telah memperkenalkan program kereta pra-miliknya tersendiri yang dikenali sebagai Selezione Lamborghini. Untuk pengalaman pemilikan yang menenangkan, kereta-kereta yang dijual menerusi program ini melalui proses pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan oleh juruteknik terlatih.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Setiap kereta yang ditawarkan di bawah program ini perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh syarikat itu. Contohnya, perbatuan tidak boleh melebihi 70,000 km bagi supercar (Aventador, Huracan dan sebagainya) dan 100,000 km bagi Urus. Usia kenderaan yang ingin dijual juga tidak boleh melebihi 84 bulan atau 120 bulan bagi Urus.

Bukan itu sahaja, kereta perlu menjalani servis berjadual yang diatur oleh Lamborghini dan melepasi pemeriksaan 150 poin yang merangkumi ciri-ciri luaran dan dalaman kenderaan, elektronik, tayar, rim dan brek. Diagnostik dan ujian jalanan juga akan dijalankan sebelum ia layak dijual.

Jentera pra-milik Lamborghini didatangkan dengan jaminan 12 bulan yang boleh dilanjutkan kepada 24 bulan. Hak milik jaminan ini boleh ditukarkan kepada pemilik seterusnya jika kereta tersebut dijual lagi pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, bantuan tepi jalan serta pemeriksaan percuma selama enam bulan turut ditawarkan kepada pembeli Selezione Lamborghini.

Previous post

Ferrari F8 Tributo Gantikan 488 GTB

Next post

Kuasa Aston Martin Valkyrie Akhirnya Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *