Gaya Hidup

Rasai Kehebatan Triton di Acara Mitsubishi 4Sure Thrill

Mereka yang ingin merasai keseronokan pemanduan berkelajuan tinggi dan off-road di dalam Mitsubishi Triton baharu bolehlah berkunjung ke acara Mitsubishi 4Sure Thrill yang akan menampilkan juara dua kali Rali Dakar, Hiroshi Masuoka serta atlet sukan bermotor Malaysia, Leona Chin.

Acara tersebut akan diadakan pada 9 dan 10 Mac 2019 (Sabtu dan Ahad) di ruang parkir Pusat Konvensyen Setia City dari 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Selain menaiki Triton dengan Masuoka dan Chin, pengunjung boleh memandu uji model itu di atas litar off-road yang dibina khas untuk menguji kemampuan sistem Super-Select 4WD II dan mod Off-Road. Terdapat juga laluan curam di mana ciri Hill Descent Control akan diuji.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti berikut:

  • Beg Thule Subterra edisi terhad bernilai RM2,000 untuk 1,000 pelanggan pertama yang membeli Triton baharu
  • Baucar kad petrol bernilai RM30 untuk 30 pelanggan pertama yang menempah mana-mana model Mitsubishi
  • Payung Ralliart eksklusif bagi pelanggan yang menempah mana-mana model Mitsubishi
  • Hadiah pertama, kedua dan ketiga berupa baucar kad petrol bernilai RM800, kad Touch ‘n Go bernilai RM500 dan baucar Tesco bernilai RM300 untuk pemenang peraduan foto dan video 4Sure Thrill
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM5,000

 

Previous post

Hyundai i40 Dinaik Taraf Untuk 2019

Next post

Jaguar I-Pace Dinobat Kereta Tahunan Eropah 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>