Berita Auto

Puspakom Saran Pemandu E-Hailing Hadir Pemeriksaan

Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan, PUSPAKOM menyarankan agar semua pemandu kenderaan E-Hailing tidak menunggu hingga saat akhir untuk membawa kenderaan mereka hadir menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, sebelum peraturan E-Hailing dikuatkuasakan bermula 12 Julai 2019.

BHP Banner Smart

Sementara itu, PUSPAKOM telah mengambil pelbagai inisiatif dan langkah yang proaktif bagi memenuhi permintaan pemandu kenderaan E-Hailing. Ini adalah tanda keprihatinan PUSPAKOM terhadap para pengusaha dan pemandu E Hailing. Antaranya adalah seperti berikut:

Puspakom e-hailing 01

Puspakom e-hailing 02

“Walaupun pihak kami telah bersedia menerima kehadiran kenderaan E-Haling semenjak Januari 2019 lagi, namun sehingga kini cawangan kami masih belum menerima kenderaan bagi menjalani pemeriksaan tersebut,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail.

“Pihak kami berharap agar para pemandu E-Hailing yang mempunyai kenderaan berusia 3 tahun dan ke atas daripada tarikh pendaftaran, membawa kenderaan tersebut ke cawangancawangan PUSPAKOM pada hari Sabtu dan Ahad ini, untuk merebut peluang pemeriksaan E-Hailing khas untuk mereka.,” tambah Shukor.

“Kami menggalakkan para pengusaha dan pemandu E-Hailing untuk menggunakan sistem temujanji dalam talian melalui website www.mypuspakom.com.my atau melalui applikasi MyPUSPAKOM bagi merancang waktu pemeriksaan mereka. Kami komited bahawa pemeriksaan akan selesai dalam masa 1 jam,” kata Shukor.

“Kami juga menyediakan Perkhidmatan Unit Bergerak Trak PUSPAKOM dengan kuantiti kenderaan yang tertentu. Para pengusaha boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji,” tambah Shukor.

Semua kakitangan PUSPAKOM telah bersiap sedia dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88 6927 atau emel customerservice@puspakom. com.my atau layari laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau laman sesawang www.puspakom.com.my.

Waktu Operasi E-Hailing Di PUSPAKOM

Informasi Penting E-Hailing

Jenis Pemeriksaan E-Hailing di PUSPAKOM

Aliran Pemeriksaan PUSPAKOM

Previous post

Geely Bersedia Membeli Smart Dari Mercedes-Benz

Next post

BMW 3 Series (G20) Kini Di Malaysia - RM328,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *