Kemalangan / Rosak / Recall

Pemilik Proton X70 Kecewa Dengan Isu Alat Gantinya

Soalan; kenapa tidak ada alat ganti untuk panel badan Proton X70? Jawapannya mudah. Proton X70 diimport sepenuhnya dari China. Ia sebenarnya bukan produk Malaysia dan ia sebenarnya merupakan SUV yang masih dalam pengeluaran disana ketika ini yang telah ditukar lencana untuk pengguna Malaysia.

BHP Banner X70

Semua Proton X70 diimport sepenuhnya dari China dan dipandu keluar dari kapal RO-RO ke bilik pameran Malaysia untuk pelanggan menunggu sehinggalah pemasangan dan pengeluaran di Malaysia sendiri yang akan bermula dalam beberapa bulan lagi. Lebih daripada 20,000 Lesen Import (AP) telah diberikan kepada Proton untuk ini.Alat Ganti Proton-X70 2Ini bukan masalah kerana kilang Proton Tanjung Malim sedang dinaik taraf untuk memenuhi piawaian pengilangan Geely untuk model Proton masa depan untuk dihasilkan secara tempatan dan juga dieksport ke pasaran pemanduan kanan ASEAN.Alat Ganti Proton-X70 3Seorang pemilik kereta Proton X70 yang baru-baru ini mengalami perlanggaran di bahagian belakang terpaksa menunggu beberapa minggu untuk bumper belakangnya tiba dari China dan ini telah menyebabkan beliau berasa kurang berpuas hati dan kisahnya dikongsi di media sosial.Alat Ganti Proton-X70 5Ya, masa menunggu untuk alat gantinya memang lama sikit sebab ianya perlu dihantar melalui kargo laut dari China dan mungkin datang sekali dengan alat ganti X70 lain berserta kenderaan itu sendiri yang diimport untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk X70. (inilah sebabnya mengapa plat seperti ini (bawah) ada pada setiap Proton X70 baharu sekarang)Alat Ganti Proton-X70 4Sama seperti mana-mana projek baru, Proton X70 memerlukan masa untuk melicinkan operasi mereka dan sementara itu akan ada pemilik yang kecewa dan beberapa isu dengan pusat-pusat perkhidmatan yang mengalami peningkatan permintaan untuk servis, pembaikan dan peningkatan perisian. (ada beberapa alat-ganti buatan vendor Malaysia dihantar ke China untuk pemasangan di Geely).

Berilah Proton sedikit masa dan benarkan mereka menaikkan tahap mereka lagi.Alat Ganti Proton-X70 6

 

 

Previous post

Perodua Sasar Aruz Jadi SUV Terlaris Di Malaysia Timur

Next post

Perodua Sumbang Barang Keperluan Kepada 20 Keluarga Rumah Clement Bayang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *