Gaya Hidup

Perodua Sumbang Barang Keperluan Kepada 20 Keluarga Rumah Clement Bayang

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo yang melibatkan enam unit Perodua Aruz sedang berlangsung di Malaysia Timur, dan pada hari kedua penjelajahan tersebut, mereka berkunjung ke Rumah Clement Bayang bagi menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 20 keluarga yang tinggal di sana.

BHP Banner X70

Dibantu oleh wakil jualan dan servis sah Perodua, Otostabil Sdn Bhd, Perodua telah menyerahkan barangan keperluan seperti beras, minuman malt coklat, minyak masak dan peti pertolongan cemas kepada lebih kurang 100 orang penduduk di rumah tersebut yang mana nilai keseluruhan sebanyak RM3,000.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua begitu komited untuk memberi sokongan dan membantu rakyat Malaysia, pada bila-bila masa walau di mana sahaja,” kata Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Adalah menjadi harapan kami agar sumbangan kami ini dapat meringankan beban penduduk Rumah Clement Bayang dalam  menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berlepas dari Kuching semalam. Konvoi dengan enam unit Aruz akan menjelajah sehingga ke Tawau, mengambil masa selama 7 hari dengan jarak perjalanan kira-kira 1,500 km bermula dari 16-22hb Mac.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

Previous post

Pemilik Proton X70 Kecewa Dengan Isu Alat Gantinya

Next post

Tesla Model Y Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *