Produk

Salah Satu ‘Muslihat’ Terbesar Industri Kereta Kita

Dengan gelombang panas yang mencecah 38-39 darjah Celsius pada siang hari, pemilik kereta menghidupkan penghawa dingin mereka tanpa henti untuk berada sejuk trafik.

BHP Banner pengelap cermin

Barisan pertahanan pertama terhadap panas bermula dengan bahan penggelap pada kaca kereta anda. Perniagaan penggelap kaca di Malaysia adalah perniagaan berjuta-juta ringgit dan setiap hari berdozen-dozen pemilik kereta Malaysia ditipu oleh peniaga kereta, pemilik kedai penggelap cermin dan kedai aksesori kereta.pasang cermin gelap 2Pada masa yang sama berpuluh-puluh pemilik kereta lain mendapat perlindungan terbaik daripada matahari dan sinaran UV dari pemilik kedai penggelap cermin jujur dan penjual kereta yang menawarkan jaminan untuk penggelap tersebut. Nisbah agak tidak seimbang terhadap orang yang jujur dan benarkan saya terangkan mengapa.

Terdapat banyak jenama warna yang menawarkan perlindungan terbaik terhadap matahari dan sinaran UV yang merosakkan tetapi seperti semua perkara yang baik, anda perlu bayar untuk produk berkualiti tinggi.kedai cermin gelap Di sinilah timbulnya ‘pemikiran yang kurang waras’ kebanyakkan pemilik kereta. Apabila seorang jurujual kereta baru menawarkan mereka diskaun besar untuk penggelap cermin ‘asal yang asli’ pemilik senyum dan dengan rela berkata ‘ok’. Penggelap cermin kononnya yang berharga RM2,850.00 untuk keseluruhan kereta boleh menjadi milik anda dengan hanya RM1800.00? Sebenarnya, penggelap yang ditawarkan mungkin bernilai RM80.00 sahaja dan kos untuk memasangnya lebih kurang RM100.00, jadi jumlahnya hanya RM180.00. 10% daripada harga diskaun yang ditawarkan kepada anda dan selebihnya dikongsi antara peniaga ‘penggelap cermin kualiti’ ini dan jurujual kereta itu.pasang cermin gelap 1Pemilik kereta yang tertipu ini akan memandu keretanya berbulan-bulan dengan penggelap palsu dengan UV ‘perlahan membunuh’ kulitnya dan dalaman kereta beliau dan dari dalam lebih kurang setahun dua filem penggelap akan retak bahkan akan mula berbelon. Pemilik kereta yang tertipu itu tidak boleh mengadu kepada sesiapa kerana dia tidak ada jaminan rasmi. Nasi sudah menjadi bubur, wang yang dibelanjakan dan filem penggelapnya sama seperti pembungkus buku sekolah anak-anak kita.

So, jadilah pengguna yang bijak dan minta jaminan, dan periksa butiran jaminan. Penggelap murah sama seperti tiada penggelap sama sekali!

Pastikan anda lakukan usul pereksa anda dahulu. Bertanya, selidik dan cari kedai-kedai yang berkualiti tinggi yang menawarkan produk berkualiti dengan waranti yang kukuh.

Tinting Murah 2

 

Previous post

Pandu Uji: Mazda6 2.2D dengan GVC

Next post

Geely Bersedia Membeli Smart Dari Mercedes-Benz

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *