Konsep / Lakaran / Intipan

Pengganti Pagani Huayra Bakal Ditawarkan Dalam Versi V12 dan Elektrik

20 tahun lalu, Pagani memperkenalkan hasil tangan pertamanya iaitu Zonda. Sedang pengeluar dari Itali itu meraikan ulang tahun model itu, mereka juga dalam proses membangunkan pengganti kepada Huayra, iaitu model yang dilancarkan selepas Zonda.

BHP BM banner for gohedgostan

Dikenali dengan kod nama C10, model baharu itu dilaporkan akan datang dalam versi twin-turbo V12 dan juga elektrik. Versi V12 tersebut menampilkan enjin buatan Mercedes-AMG dan transmisi manual. Bagaimanapun transmisi automatik dengan paddle shifter akan turut ditawarkan.

Bercakap kepada Road & Track, anak kepada pengasas jenama itu iaitu Christopher Pagani mendedahkan ia merupakan satu langkah yang tepat kerana 70 peratus daripada pelanggannya inginkan kotak gear manual.

Pagani Huayra Roadster

Pagani Huayra Roadster

Mengenai versi elektrik pula, Christopher berkata setakat ini tiada permintaan untuk model itu. “Kami percaya ini akan menjadi cabaran besar bagi kami; ia akan membantu kami menjadi kreatif, menjadi proaktif, menggunakan fantasi. Ia akan menjadi projek yang sangat mahal, tetapi kami percaya ia perkara yang betul untuk dilakukan.”

Salah satu cabaran menghasilkan kereta elektrik adalah mengurangkan berat berlebihan akibat penggunaan bateri. Namun syarikat itu percaya mereka mampu melakukannya menerusi penggunaan bahan ringan seperti gentian karbon, aluminium dan titanium seperti model sedia ada.

Versi V12 tersebut tidak akan mempunyai sebarang sistem hibrid namun dengan bantuan AMG, ia dikatakan akan mematuhi piawaian pelepasan California yang ketat, bermakna ia boleh diimport masuk ke Amerika Syarikat.

Previous post

Mengapa Ada 38 Pemegang Permit Yang Diluluskan (AP) Baharu Tahun 2019 Ini?

Next post

Zaqhwan Menang Dalam Aksi Litar Basah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *