Berita Auto

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Connected

Semakin lama semakin canggih. Kereta sekarang tidak lagi macam kereta dulu. Enjin dulu naturally aspirated sekarang turbo, hibrid, plug-in hibrid. Dulu radio am/fm dan catridge player sekarang iTunes dan Spotify. Kini Mini memperkenalkan Mini Connected.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

MINI Connected memperkenalkan pelbagai kemudahan baru dan inovatif yang menjanjikan keselamatan dan kesenangan, serta menawarkan informasi yang terkini, hiburan yang padat dan keupayaan untuk kekal terhubung dengan insan yang penting dalam hidup kita, walaupun ketika di atas jalan raya. Jika sesuatu yang tak diingini berlaku seperti kemalangan, Mini Connected ada Panggilan Kecemasan Pintar yang mengaktifkan panggilan automatik kepada pusat panggilan kecemasan MINI. Ada macam-macam lagi. Ada ‘Concierge Services’, ‘TeleServices ‘, ‘MINI Online’, MINI Concierge Service, ‘eDrive Services’, ‘Remote Services’, ‘Send to Car’ dan Last Mile Route

Perkhidmatan digital peribadi yang baharu menawarkan pemilik MINI sebuah pengalaman pemanduan yang penuh sofistikasi, menghiburkan, informatif, mudah dan selamat.

Siaran Akhbar Mini Connected

Cyberjaya, 7 Mac 2019 – MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan generasi baharu MINI Connected dengan teknologi SIM 4G yang bersepadu untuk membolehkan para pemilik mengintegrasikan jentera MINI mereka secara lebih lancar dengan gaya hidup digital mereka. MINI Connected yang baharu akan ditawarkan menerusi semua model kenderaan MINI yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW Group mempunyai pengalaman yang dibentuk sejak lebih daripada 20 tahun dalam pembangunan inovasi yang menghubungkan pemandu dengan kereta mereka, serta dengan dunia yang didiami oleh mereka ini. Kepakaran tersebut kini diperkenalkan dalam semua kenderaan MINI di Malaysia dengan MINI Connected. Dalam era personalisasi dan digitalisasi, MINI Connected mempersembahkan kebaikan yang wujud dalam dua dunia ini dengan keupayaan keterhubungan yang ekstensif serta perkhidmatan yang diperibadikan.”

Hoelzl juga menjelaskan bahawa MINI Connected membidik untuk menjana lebih banyak nilai bagi pengguna dan memperkayakan kehidupan pemilik jentera MINI dengan menawarkan perkhidmatan digital yang unik dan kreatif untuk mendukung gaya hidup moden warga MINIacs di Malaysia.Mini Connected 1

Dirumus khas untuk kehidupan digital.

MINI Connected yang baharu merangkumi perkhidmatan yang relevan untuk memaksimumkan aspek keselamatan dan kesenangan, serta menawarkan informasi yang terkini, hiburan yang padat dan keupayaan untuk kekal terhubung dengan insan yang penting dalam hidup kita, walaupun ketika di atas jalan raya.

Unik bagi BMW Group, MINI, seperti BMW, juga menampilkan Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) yang memberikan respons apabila sensor perlanggaran bagi peregang tali pinggang dan beg udara diaktifkan, ataupun apabila data daripada sensor kadar rewang (yaw) mengindikasikan kemalangan. Ia kemudiannya mengaktifkan panggilan automatik kepada pusat panggilan kecemasan MINI, di mana sistem tersebut menghantar data yang relevan untuk memastikan maklum balas yang sebetulnya dapat diberikan. Intelligent Emergency Call juga boleh diaktifkan secara manual untuk meminta bantuan bagi pengguna jalan raya yang lain.

‘TeleServices ‘memberikan ketenangan kepada pemilik MINI. Ia menghantar data relevan kenderaan kepada MINI dan rakan servis MINI, yang akan memberitahu pemilik samada kereta mereka memerlukan penyelenggaraan atau apabila janji temu servis perlu dibuat. Jika insiden kerosakan berlaku, isu yang dihadapi boleh diselesaikan melalui diagnosis jarak jauh atau dengan pemberian bantuan tepi jalan.

MINI Connected terbaharu juga menawarkan ‘MINI Online’ yang memberikan informasi berguna tentang berita serta cuaca terkini yang boleh dibaca menerusi sistem audio. Sementara itu, perkhidmatan baharu yang dinamakan, ‘MINI Concierge Service‘ juga membantu pemilik dengan permintaan mereka ketika sedang memandu dengan hanya menekan satu butang. Dengan menggunakan kad SIM 4G yang dilengkapi pada kenderaan tersebut, perkhidmatan ini mewujudkan hubungan antara telefon pengguna dan pusat panggilan MINI apabila diperlukan, tanpa sebarang kos.

Bagi pengguna iPhone, fungsi ‘Apple CarPlay’ tanpa wayar membolehkan aplikasi-aplikasi yang terpilih untuk dipaparkan pada paparan sentral dan dioperasikan menerusi kawalan MINI. Aplikasi iOS yang popular juga disokong seperti Spotify, Waze, Google Maps dan WhatsApp.

Aplikasi MINI Connected untuk peranti Apple dan Android telah dirumus semula dan kini menghubungkan pemandu dan kereta mereka dengan lebih erat melalui perkhidmatan seperti, ‘eDrive Services’ dan ‘Remote Services’. Dengan eDrive Services, pemilik kereta MINI Countryman Plug-In Hybrid boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk memantau status bateri kenderaan serta jumlah perbatuan yang berbaki, dan untuk memulakan proses pengecasan. Pemandu juga boleh melihat data status keefisienan peribadi bagi perjalanan mereka yang terdahulu. Menerusi aplikasi MINI Connected, ‘Remote Services’ boleh diaktifkan untuk mengawal pelbagai kefungsian MINI menggunakan telefon pintar – samada untuk mengoperasikan pengelip lampu hadapan ataupun hon kereta untuk menjejak lokasi MINI yang diparkir di kawasan yang kurang dikenali oleh pemilik.

Penyelarasan antara aplikasi MINI Connected dengan kalendar peribadi juga boleh menjadikannya berfungsi sebagai pembantu mobiliti peribadi dan menolong pemandu MINI menepati waktu-waktu janji temu yang dibuat. Ia juga membolehkan kefungsian yang lain seperti “Send to Car”, di mana aplikasi tersebut memindahkan laluan yang dirancang daripada telefon pintar kepada sistem navigasi kereta tersebut; ‘Last Mile Route’ – navigasi berterusan melalui telefon pintar yang boleh digunakan sambil berjalan selepas pengguna keluar daripada kenderaan yang diparkir dan menuju ke destinasi yang dikehendaki; ‘Time-to-Leave Notification’ dan ‘Share Live Trip Status’.

Pakej MINI Connected.

Ciri-ciri MINI Connected yang standard seperti applikasi MINI Connected, Intelligent Emergency Call, Teleservices, MINI Online dan Remote Services disediakan sebagai penawaran standard bagi model kenderaan MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, MINI Countryman, serta MINI John Cooper Works. Dalam pada itu, ciri-ciri premium seperti Concierge Services dan Apple CarPlay tersedia bagi model kenderaan MINI Countryman dan MINI John Cooper Works. Perkhidmatan eDrive pula ditawarkan secara eksklusif bagi MINI Countryman Plug-In Hybrid.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINI Connected yang terbaharu, sila layari https://www.mini.my/miniconnected.

Dengan MINI Connected baharu, MINI Malaysia juga telah mengumumkan pemerkayaan kefungsian produk-produknya dan harga jualan baharu (di atas jalan, tanpa insurans) seperti yang tertera di bawah.

Kod E Model Ciri-Ciri Baharu Harga Atas Jalan di Semenanjung Malaysia
F56 MINI Cooper S 3 Door (LCI) ‘MINI Connected’Tempat sandaran lenganTempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 249,888.00
F56 MINI John Cooper Works Hatch (LCI) ‘MINI Connected’‘Concierge Services’‘Apple CarPlay’Bumbung PanoramikTempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 313,888.00
F55 MINI Cooper S 5 Door (LCI) ‘MINI Connected’Tempat sandaran lenganTempat duduk kulit ‘Dinamica’Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 259,888.00
F54 MINI Cooper Clubman ‘MINI Connected’‘Comfort Access’Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 215,888.00
F54 MINI Cooper S Clubman ‘MINI Connected’Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 265,888.00
F54 MINI John Cooper Works Clubman ‘MINI Connected’‘Concierge Services’‘Apple CarPlay’Bumbung PanoramikTempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 342,888.00
F60 MINI Countryman Sports ‘MINI Connected’‘Concierge Services’‘Apple CarPlay’Tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 248,888.00
F60 MINI John Cooper Works Countryman ‘MINI Connected’‘Concierge Services’‘Apple CarPlay’Bumbung PanoramikTempat duduk kanak-kanak ISOFIX di hadapan RM 362,888.00

 

Mini Connected 3

Previous post

Perodua Sumbang 3 Unit Bezza Kepada Polis Selangor

Next post

Pertemuan Kelab Honda CR-V G5 Berjaya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *