Berita Auto

Mercedes-Benz Lancar GLC 300 Coupe Versi CKD

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model SUV terbaru mereka iaitu GLC 300 Coupe AMG Line. Dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang, ia menggantikan GLC 250 yang ditawarkan sebelum ini dalam versi CBU.

BHP Banner Perodua Aruz

Membawa imej sporty ke aras lebih tinggi, varian ini didatangkan standard dengan pakej AMG Line yang merangkumi kit badan AMG, ‘running board’ aluminium serta rim aloi bersaiz 21 inci.Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan lampu utama LED Intelligent Light System dengan ciri Highbeam Assist Plus.

Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line

Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit Artico, pencahayaan pada ambang pintu, pedal sport AMG, stereng ‘flat bottom’ AMG, serta kemasan hitam piano atau aluminium. Turut disertakan adalah sistem infotainmen COMAND Online dan sistem audio Burmester.

Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line

GLC 300 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menjana 241 hp dan 370 Nm. Dengan transmisi 9G-Tronic dan sistem pacuan semua roda 4Matic, ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.5 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 236 km/j.

Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line

Selain itu, ciri-ciri bantuan pemandu seperti Lane Tracking Package, Blind Spot Assist, Hands Free Access, dan Active Parking Assist dengan Parktronic turut disertakan secara standard.

Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line

GLC 300 Coupe AMG Line dijual pada harga anggaran RM399,888 tidak termasuk insurans.

Previous post

Toyota Yaris Akan Datang Bulan Depan

Next post

Mercedes-Benz GLE 450 Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *