Berita Auto

Kia Optima EX Kini di Malaysia

Naza Kia Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Optima EX, varian terbaru yang menyertai rangkaian sedan jenama itu. Ia boleh dimiliki pada harga RM139,888 (atas jalan tanpa insurans).

Tidak seperti varian teratas iaitu Optima GT yang dikuasakan oleh enjin turbo, Optima EX mendapat enjin aspirasi natural 2.0-liter CVVL yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Bagi bahagian luaran, Optima EX didatangkan dengan jeriji “vertical intaglio”, serta lampu LED utama, lampu kabus dan lampu belakang yang diperbaharui. Model ini dilengkapi dengan rim aloi berukuran 17 inci.

BHP Banner 1 Series

Bahagian kabin pula menampilkan paparan warna berukuran 7 inci dengan ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta Around View Monitor (AVM) yang menggunakan empat kamera yang terletak pada bahagian depan, belakang, kiri dan kanan kereta bagi memberikan pandangan 360 darjah.

Kereta ini turut didatangkan dengan pelbagai ciri kemudahan seperti fungsi kuasa dan memori bagi tempat duduk pemandu, brek parkir elektrik, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin.

Optima EX boleh didapati dalam warna Aurora Black Pear, Snow White Pearl dan Platinum Graphite. Ketiga-tiganya dipadankan dengan upholsteri fabrik berwarna hitam.

 

Previous post

Kenyataan Rasmi PLUS Mengenai Kesesakan Lalu Lintas Kuala Kangsar-Terowong Menora

Next post

Adakah Pemandu Benar-Benar Memerlukan AEB?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *