Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Jaguar I-Pace Dinobat Kereta Tahunan Eropah 2019

Buat pertama kalinya, sebuah Jaguar telah dinobatkan sebagai Kereta Tahunan di anugerah Kereta Tahunan Eropah 2019. Anugerah berprestij itu diberikan kepada kereta elektrik Jaguar I-Pace.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Barisan juri Kereta Tahunan Eropah terdiri daripada 60 wartawan permotoran dari 23 negara, dan anugerah ini mengambil kira aspek inovasi teknikal, reka bentuk, prestasi, kecekapan serta nilai.

SUV elektrik itu berjaya mengalahkan enam lagi finalis iaitu Alpine A110, Citroën C5 Aircross, Ford Focus, Kia Ceed, Mercedes-Benz A-Class dan Peugeot 508. Ia juga merupakan satu-satunya kereta finalis dengan emisi sifar.

Direka dan dibangunkan di United Kingdom, I-Pace turut menikmati kejayaan dari segi jualan di peringkat global dengan lebih 8,000 penyerahan setakat ini, dengan 75 peratus daripadanya di Eropah.

 

Previous post

Rasai Kehebatan Triton di Acara Mitsubishi 4Sure Thrill

Next post

ARRC: Hilmi Tenang Mulakan Aksi SuperSports 600cc

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *