Bisnes

Isuzu Malaysia Serah 90 Unit Trak Kepada City-Link Express

Isuzu Malaysia telah menyerahkan sebanyak 90 unit trak komersialnya kepada syarikat City-Link Express (M) Sdn Bhd, sewaktu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di Gudang City-Link Express di Cheras, Kuala Lumpur yang baru sahaja beroperasi.

BHP Banner GLC 300 Coupé AMG Line

 

Trak-trak yang diserahkan merupakan model ELF 4-wheeler (NLR77UUEE-2E),dan diperoleh seiring dengperkembangan perniagaan syarikat tersebut.

City-Link Express menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Isuzu sebagai jenama pilihan untuk kenderaan komersial, dan jalinan kerjasama yang kukuh antara kedua-dua syarikat telah lama terbina iaitu sejak tahun 2011. Pemerolehan terkini ini dijangka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh City-Link Express, sekaligus mencapai kepuasan pelanggan.

City-link 3

Trak-trak yang diserahkan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pusat pengagihan City-Link Express di serata negara, termasuk Gudang & Pusat Pengagihan yang terkini di Cheras, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan khusus untuk perniagaan, seperti penyimpanan produk dalam persekitaran bersuhu terkawal, sebelum produk dibungkus dan dikurier mengikut arahan penghantaran yang telah diterima.

Sebelum ini, pada bulan Februari 2019, sesi latihan telah dianjurkan untuk para pemandu City-Link Express di gudang dan pusat operasi mereka yang terletak di Saujana Putra. Sesi latihan tersebut merangkumi topik-topik tentang pengetahuan produk dan penyenggaraan asas.

Previous post

Mitsubishi Triton Absolute Sasar Saing Ranger Raptor

Next post

Hyundai Palisade Memenangi Anugerah Red Dot Berprestij Kecemerlangan Reka Bentuk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *