Bisnes

Honda Malaysia Terajui Segmen Bukan-Nasional 4 Tahun Berturut-turut

Ketika industri automotif dilihat mencabar pada tahun 2018, Honda Malaysia berjaya merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 17.1% untuk mengekalkan momentum selaku jenama kereta No.1 dalam segmen Bukan-Nasional selama empat tahun berturut-turut. Ia juga berjaya mengekalkan kedudukan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (Total Industry Volume) untuk tiga tahun berturut-turut.

BHP Banner Perodua Aruz

Tahun lalu, industri automotif menyaksikan beberapa peristiwa yang mempengaruhi sentimen pelanggan. Dalam tempoh tiga bulan tanpa cukai, Honda Malaysia telah mencatat permintaan yang sangat memberangsangkan daripada pelanggan, sekaligus menjadi penyumbang yang ketara terhadap jualan keseluruhannya.

20190319_175223

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, syarikat itu berjaya menjual sebanyak 102,282 unit kenderaan pada tahun lalu. Ia bagaimanapun menurun sebanyak 6.6% jika dibandingkan dengan prestasi jualan tahun 2017.

20190319_175438

Dari segi prestasi jualan mengikut model, kesemua 7 model CKD iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V menjadi peneraju dalam segmen masing-masing. City merekodkan sumbangan terbesar dengan 32% kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia, diikuti oleh Civic dan CR-V dengan masing-masing menyumbang 16% dan 13% kepada jualan keseluruhan.

20190319_175559

Bagi model yang dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing, Accord menyumbang 18% kepada lebih 3,600 unit yang berjaya dijual dari 2017 hingga 2018, manakala CR-V menyumbang 33% kepada jumlah jualan keseluruhan iaitu 20,600 unit. Sementara itu, Civic mencatat jualan melebihi 41,000 unit dengan 58% daripadanya adalah varian Turbo.

20190319_175644

Bagi pengambilan perkhidmatan selepas jualan, Honda Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 11% berbanding 2017 (paling tinggi dalam sejarahnya), manakala rekod jualan alat ganti tulen turut melonjak sebanyak 25%.

20190319_175708

Menyentuh tentang pasaran keseluruhan, syarikat itu menjangkakan Keseluruhan TIV 580,000 unit bagi tahun ini. Berdasarkan TIV ini, Honda telah menetapkan sasaran jualan pada tahun ini sebanyak 95,000 unit, dengan perkongsian pasaran sebanyak 16%.

20190319_180009

Bagi mencapai sasarannya serta mengekalkannya sebagai jenama bukan-nasional No.1, Honda telah menggariskan tiga strategi utama iaitu menambah baik standard khidmat pelanggan, mengukuhkan rangkaian pengedar dan memperkenalkan model-model baharu.

Previous post

Bentley Continental GT Kini Dengan Enjin V8

Next post

Jaguar Kongsi Tips Dapatkan Posisi Memandu Yang Betul

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *