Berita Auto

Honda HR-V Kekal Pendahulu Segmen SUV Kompak

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan bagi Honda HR-V baharu sudah melebihi 8,500 unit. Dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu, SUV itu berjaya mencapai sasaran jualan untuk tiga bulan dalam tempoh sebulan dengan tempahan mencecah 4,000 unit.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Sejak pelancarannya, Honda Malaysia itu telah menyerahkan lebih 3,000 unit HR-V kepada pelanggannya. Menurut syarikat itu lagi, HR-V menguasai 87 peratus bahagian pasaran dalam segmen SUV kompak sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu segmen.

Berdasarkan jualan HR-V baru yang direkodkan mengikut wilayah setakat ini, Lembah Klang menyumbang jualan tertinggi dengan 47 peratus, menunjukkan bahawa model ini sesuai untuk pemanduan urban. Sementara itu, bahagian selatan dan utara masing-masing menyumbang 18 peratus.

Sementara itu, warna baharu Passion Red Pearl yang ditawarkan oleh Honda terbukti popular di kalangan pelanggan, mewakili 28 peratus daripada keseluruhan jualan model itu.

 

Previous post

Versi Jaguar XE 2020 Dilancarkan

Next post

Guna Kereta Terbang Elak Bayar Tol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *