Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Umum Model 2019 Untuk Pasaran Malaysia

Harley-Davidson Motor Company mengumumkan barisan model tahun 2019 bagi pasaran Malaysia. Mulai 16 Mac 2019, harga model Sportster adalah daripada RM62,600, manakala model Softail yang dipertingkatkan baru-baru ini bermula daripada RM97,200.

BHP Banner For Levente

“Menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap motosikal Harley-Davidson di kalangan penunggang di Malaysia telah mengukuhkan strategi kami untuk membina rangkaian pengedar yang lebih mantap. Kami komited untuk memastikan penunggang setia Harley-Davidson pada masa ini tetap berpuas hati selain mengembangkan bilangan penunggang di seluruh  negara,” kata Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan, Harley-Davidson Asia Emerging Markets.

???????????????????????????????????????????????????

“Tahun model 2019 memperkenalkan teknologi baharu, ciri-ciri yang ditingkatkan, pengubahsuaian gaya, kemasan baharu dan aksesori yang sepadan untuk keluarga Custom Vehicle Operations (CVO), Touring, Softail dan Sportster, membawakan tahap prestasi yang baharu kepada barisan Harley-Davidson dalam seluruh rangkaian produk kami.”

???????????????????????????????????????????????????

Kleinsteuber menambah, “Kami yakin bahawa kami berupaya memberikan respons kepada permintaan motosikal Harley-Davidson di Malaysia; dan dengan melakukan sedemikian, kami membantu memenuhi impian para peminat motosikal untuk memiliki Harley-Davidson pada harga yang kini lebih selesa dicapai berbanding dengan sebelum ini.”

??????????????????????????????????????????????????????

Motosikal model 2019 merupakan satu lagi contoh cara Harley-Davidson melabur dalam produk dan peluang yang mendorong peningkatan bilangan penunggang dalam jangka terdekat dan meraih pertumbuhan mampan untuk masa depan sebagai sebahagian daripada rancangannya, More Roads to Harley-Davidson.

???????????????????????????????????????????????????

 

Rancangan yang telah diketengahkan pada tahun 2018 itu menumpukan perhatian pada pembinaan generasi penunggang mendatang melalui produk baharu dalam segmen motosikal tambahan, menyediakan capaian yang lebih meluas kepada jenama dan produk, serta komitmen untuk menyokong dan mengukuhkan pengedar secara global.

?????????????????????????????????????????????????????

Ketiga-tiga pengedar bertauliah akan menganjurkan ‘rumah terbuka’ mereka pada 16 dan 17 Mac 2019. Pengedar ketiga yang menyertai rangkaian pengedaran pemilikan bebas di Malaysia iaitu Harley-Davidson Pulau Pinang juga akan mengadakan pembukaan rasmi mereka pada 16 Mac ini.

Previous post

Tawaran Hebat Auto Bavaria Hujung Minggu Ini

Next post

Maserati Levante Vulcano Tiba @ Hanya RM838,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *