Berita Auto

Ford Ranger Lebih Garang Dengan Pakej Black Appearance

Sejak dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat pada awal tahun ini, Ford Ranger terus mendapat tempat di hati peminat trak pikap di negara itu.

Menurut jenama itu, lebih dari dua pertiga daripada Ranger yang dibeli dilengkapi dengan pakej Sport Appearance dengan rim unik dan kemasan Magnetic Grey, atau dengan pakej Chrome Appearance dengan rim dan kemasan badan krom.

BHP Banner 3 GT

Dalam usahanya untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, Ford kini menawarkan pula pakej Black Appearance bagi model trak pikap itu.

Sesuai dengan namanya, pakej ini memberikan penampilan yang lebih agresif menerusi komponen-komponen yang didatangkan dalam warna hitam iaitu jeriji, ‘running board, rim aluminium 18 inci, ‘bed liner, plat ambang pintu, plat liang udara dapra, cermin sisi, serta ‘bash plate’.

Boleh didapati dengan mana-mana warna yang ditawarkan pada Ranger, pakej Black Appearance dijual pada harga $1,995 (RM8,112).

 

 

Previous post

Jadikan Ford Fiesta ST Anda Lebih Berkuasa Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

Next post

Pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Dibatalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *