Berita Auto

Jadikan Ford Fiesta ST Anda Lebih Berkuasa Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

Dengan 199 PS dan 290 Nm, Ford Fiesta ST sepatutnya cukup berkuasa untuk dinikmati oleh pelbagai jenis pemandu.

BHP Banner 3 GT

Namun jika kuasa standard itu dirasakan tidak cukup tinggi, pemilik boleh mendapatkan pakej M225 yang dibangunkan khas oleh Mountune.

Menurut syarikat talaan yang sinonim dengan jenama Blue Oval itu, pakej tersebut boleh meningkatkan jumlah kuasa keseluruhan kepada 225 PS dan 340 Nm.

ford-fiesta-st-mountune-m225 (1)

26 PS dan 50 Nm mungkin kedengaran tidak banyak, namun untuk sebuah jentera kecil seperti Fiesta ST, ia adalah satu peningkatan yang signifikan.

Buktinya, masa pecutan 0 hingga 100 km/j kini boleh dilakukan di bawah enam saat (lebih 0.5 saat lebih pantas berbanding versi standard) manakala pecutan dari 50 hingga 100 km/j dikurangkan sebanyak satu saat.

ford-fiesta-st-mountune-m225 (2)

Lebih menarik lagi, pemandu mempunyai boleh menukar karakteristik jentera mereka dengan menggunakan aplikasi telefon pintar mTune SMARTflash yang dihubungkan kepada On Board Diagnostics (OBD) menerusi Bluetooth.

Menerusi aplikasi tersebut, pemandu boleh memilih antara tiga kalibrasi yang disediakan iaitu Sport/Track, Stock Performance serta Anti-Theft.

 

Previous post

BMW Akan Membersarakan 3-Series GT

Next post

Ford Ranger Lebih Garang Dengan Pakej Black Appearance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *