Kemalangan / Rosak / Recall

Bumper Proton X70 Dibaiki Dalam Hanya 2 Hari

Agak menakjubkan bagaimana sedikit galakkan media sosial ke arah yang betul telah memulangkan semula senyuman kepada pemilik Proton X70 ini. X70 beliau mengalami kemalangan beberapa hari yang lalu dan apabila ia dihantar untuk dibaiki pemilik X70 ini, berhadapan dengan pelbagai pesanan dan respon negatif daripada bahagian after-sales Proton dan peniaga kerana kekurangan alat ganti.

Banner_Gohed

Anggaran masa pembaikan yang disebutkan adalah antara 1 hingga 2 bulan dan ini tidak dapat diterima oleh pemilik X70 ini dan juga komuniti pemilik Proton yang kini mengharapkan perkhidmatan after-sales yang lebih baik selepas pemilikan Proton beralih kepada Geely.

Proton X70 Dibaiki 3

Pemilik X70 ini beralih ke media sosial, www.dsf.my dan juga www.automacha.com dan setelah hanya 2 hari kemudian beliau sudah dapat mengambil X70 beliau balik semalam dalam keadaan baik pulih seperti sedia kala.

Errr … Perhatian untuk semua pembaca. Di mana kami boleh membantu, kami akan membantu dan kami menggesa anda untuk menghubungi kami untuk isu selepas-jualan dan isu-isu kereta baru untuk semua jenama kereta lain di Malaysia.

Proton X70 Dibaiki 2

Previous post

Jaguar Kongsi Tips Dapatkan Posisi Memandu Yang Betul

Next post

Selamat Tinggal Audi W12 ... Hello e-tron

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *