Berita Auto

BMW Bebas Dari Isu Dieselgate

Sejak mulanya skandal Dieselgate pada tahun 2015, beberapa penyiasatan telah dilancarkan terhadap pengeluar kereta Jerman yang didakwa telah mengubah data pelepasan kereta mereka. Khususnya, Volkswagen Group, yang telah terpaksa membayar denda sebanyak 1.8 juta euro di Jerman. Bahkan masih ada beberapa tindakan undang-undang yang masih belum selesai terhadap kumpulan itu dan pendakwa sedang dalam proses melakukannya untuk banyak kes lagi. BMW juga terlibat dalam tuntutan mahkamah ini. Tetapi. penghakiman pendakwa yang berpangkalan di Munich untuk BMW baru saja diberikan dan ianya mendapati bahawa BMW Group tidak menipu.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Mengikut penghakiman itu, walaupun pelepasan kenderaan yang diukur melebihi normal, BMW tidak mengubah nilai-nilai teoritis. Syarikat itu membuat kesilapan teknikal dengan piawaian pelepasan yang dikenakan kepada 8000 kereta. Namun, denda sebanyak 8.5 juta euro telah dibayar. Model BMW yang terlibat sudahpun ditarik balik untuk sementara waktu.

 

Previous post

Kereta Hijau Yang Bukan Elektrik Atau Pun Hibrid

Next post

Versi Jaguar XE 2020 Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *